Free Gift Hotel Yang Tak Berdosa Pun Anda Bawa Balik
Bercuti dan menginap di hotel itu umpama me-time yang dinanti-nanti oleh ramai orang. Lagi best bila dapat pula menginap di hotel mewah. Bayangkan dengan empuk tilamnya, mengadap pemandangan pantai pula. Aduh! Malas nak balik kerja kan?
Tiba-tiba anda terpandang deretan sabun mandi dan botol comel-comel di bilik mandi. Eh! Boleh ke nak ambil?
Sebenarnya ada 10 free gift yang memang percuma untuk anda pun. Kalau anda tak ambil, ia akan dibuang oleh pihak hotel pun. Jom semak 10 barangan tersebut okey.
1) Toiletries
Comel ja kan, dengan saiz mini dan nama hotel pula tu. Siap setiap hari ia ditukar mengikut bilangan hari anda menginap. Jadi, bawa balik ja mana yang tak habis tu. Boleh sambung guna di rumah pula.
2) Selipar bilik
Biasanya hotel bertaraf empat bintang ke atas ada selipar atau alas kaki lembut ini. Jadi, bawa saja pulang ya.
3) Laundry bag
Terlupa bawa plastic untuk baju basah? Ambil sahaja plastik yang tersedia.
4) Tisu
Tisu tandas, tisu meja memang dah diperuntukkan untuk bilik tersebut. Jadi, tiada masalah anda nak ambilnya.
5) Buku panduan perjalanan & peta
Melambak peta dan risalah pelancongan yang disediakan di lobi hotel. Jadi, boleh ja ambil.
6) Air minuman
Biasanya ada 2 botol yang disediakan bagi setiap bilik. Boleh ambil secara percuma, cuma minuman lain tu jangan ya. Nanti anda dicaj dengan bil mahal pula.
7) Berus gigi, ‘shower cap’ dan sikat
Nampak ringkas ja, tapi ia berguna ketika saat kecemasan. Anda boleh gunakannya atau bawa pulang sahaja.
8) Surat khabar
Ada hotel yang menghantar ke bilik da nada juga yang boleh diambil di lobi. Jangan bimbang, semuanya percuma ya, kecuali yang telah dipasang rak kayu – itu hotel yang punya.
9) Buku nota, poskad dan pensil
Ini peluang terbaik untuk mengumpul buku nota dan pensil berjenama hotel. Biasanya benda ringkas begini lah yang kita perlukan di saat tidak terduga.
10) Minuman 3 in 1
Nak minum apa? Teh atau kopi? Susu atau gula? Jadi kalau tak habis, bawa balik ya. Rugi lah pula kalau anda tak ambil.Jadi, usah ragu-ragu pula nak ambil yang tersenarai di atas. Jangan ‘over’ sampai tuala pun nak ambil ya. Itu dah salah ya.