Gabriel Guerra

Gabriel Guerra Boleh Kecewakan Kedah – Fadzli Ahmad

 

Bekas penyerang Johor Fadzli Ahmad yakin pemain import Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Gabriel Guerra mampu memainkan peranan penting dalam misi menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada aksi final menentang Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Beliau berkata, prestasi pemain dari Argentina itu cukup baik ketika ini dan tidak mustahil untuk mengikut jejak wira Johor Ervin Boban yang meledak hatrik ketika menewaskan Selangor 3-1 pada perlawanan akhir 1991.

[AdSense-B]

“Melihat kepada prestasi pemain Johor DT ketika ini, saya yakin Guerra boleh membantu kejayaan pasukan di final. Dia bukan saja lincah dalam mengatur serangan malah boleh menjaringkan gol. Jika berada pada prestasi terbaik, memang sukar pemain Kedah untuk menghalangnya,” kata Fadzli.

Fadzli terkenal di kalangan penyokong Johor terutama ketika mengingati detik kegemilangan pasukan itu mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985.

jdt vs selangor guerra

Pada perlawanan akhir di Stadium Merdeka itu, dia menyumbat gol kedua Johor untuk menewaskan Kuala Lumpur 2-0 selepas Muhidin Husin menjaringkan gol pertama.

Fadzli sekali lagi bersama Johor pada final 1991 namun hanya berada di bangku simpanan.

Dia yang kini berusia 57 tahun dan menetap di Johor Bahru berkata, dengan barisan pemain yang dimiliki kelab Harimau Selatan mereka seharusnya boleh mendominasi final kali ini.

[AdSense-B]

“Saya melihat peluang kedua-dua pasukan 50-50. Kedah juga bersemangat tinggi dengan kehadiran beberapa anak jati negeri itu tapi Johor DT tak sepatutnya kalah.

“Johor DT memiliki ramai pemain kebangsaan dan pemain import berkualiti jadi mereka tiada alasan untuk kalah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Khalid Ali Pilih Johor DT Sebagai Juara Piala Malaysia 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: