1

Gaji Suami RM2500, Cukup Sara 8 Beranak. Suri Ini Dedah Rezeki Tak Surut

Bila mana suri ini berkongsi gaji suaminya cuma RM2500, tapi cukup untuk menyara 6 anak dan seorang isteri, ramai yang kagum. Bagaimana rezeki keluarga ini sentiasa cukup dan tak surut. Semoga panduan yang diberikan ini bermanfaat dan dapat membantu mak ayah lain mengatur kewangan keluarga dengan baik.

Tip Murah Rezeki : Walau Gaji Kecil, Cukup Sara Anak Ramai

Suami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-anak

Biasanya bila dapat gaji, suami saya akan settlekan semua bil-bil elektrik, air, telefon, insurans, loan bank, duit van anak dan sewa rumah (RM300). Kemudian, dia akan bagi bajet belanja rumah RM500 dan duit belanja untuk saya RM100. Selebihnya dia guna untuk minyak kereta dia dan kegunaan diri dia. Kalau kami terover bajet baru suami tambah guna duit dia. Dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak-anak.

Belanja Dapur Beli Time Sale Je

Saya cuma kawal belanja dapur dan beli time ada sale. Beli pun barang-barang penting. Saya beli jenama yang murah-murah dan ambil barang clearance saja. Beli barang dapur kalau boleh cari yang 50% atau barang clearance. Biasa saya beli barang dapur kat AEON sebab tu je mall yang dekat dengan rumah saya.

Set Limit Waktu Berbelanja

Waktu berbelanja, saya dah set limit barang paling mahal saya capai pun RM20. Tak kira la baju ke. Kalau suami yang nak belanja kita, lebih baru lah kita ambil. Biasa saya suka pergi AEON usha baju longgok 70% dapatlah sehelai RM8.20. Pakaian dalam pun kalau sale murah-murah, 3 helai RM5 pun saya ambil lebih.

Guna Sistem Sampul

Selagi boleh jimat saya akan jimat. Duit saya asingkan dalam sampul siap-siap. Dan tulis untuk beli apa. Contoh:

  • Barang dapur (makanan) RM300
  • Sabun (pencuci kain dan sabun pinggan) RM100
  • Pampers anak RM100

Tak cukupkan?

So penjagaan diri suami akan belikan. Sebab dia cerewet bab penjagaan diri ini. Bajet dalam seratus. Nak makan sedap-sedap pun sebulan sekali dua je.

Saya Cari Juga Duit Buat Tambah Tambah Belanja

Saya pun ada juga jual-jual chocojar dari rumah. Cukup lah buat tambah belanja anak-anak makan luar dan beli lauk. Kena sorok duit dari suami sebab kalau dia tahu saya belanja guna duit saya nanti dia ganti balik. Saya pulak rasa bersalah.

Risau takut terbebankan dia. Dia kata guna duit saya jangan sesekali pakai buat belanja rumah. Pakai untuk beli barang peribadi saya je. Allah.. dapat suami macam ini bersyukur saya.

Suami Tak Pernah Abaikan Mak Ayah Sendiri

Dia tak pernah abaikan mak ayahnya. Cukup je duit dia, dia hulur kat mak ayah dia dan buat simpanan untuk anak-anak. Suami selalu kata, “In shaa Allah ada rezeki lain yang masuk walaupun tak banyak. Tapi Alhamdulillah, Allah beri.”

Isteri Kena Sentiasa Bersyukur

Katanya lagi, “Biar orang nampak kita serba serbi macam orang miskin. Pakai serba buruk, duduk rumah buruk, janji perut kenyang.”

Akuinya lagi sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Apa yang suami beri itulah yang kita makan dan pakai. “Jangan pernah malu dengan kehidupan kita.”

Bagi lelaki-lelaki yang belum bertemu jodoh, yang sibuk nak cari wanita bekerja untuk dijadikan isteri. Jangan pernah takut untuk kahwin dengan wanita yang tak bekerja ni. Rezeki datang dalam pelbagai sudut dan cara.”

Sumber/Foto : Noraini Hassan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: