Gamba Osaka Vs JDT

Gamba Osaka vs JDT: Apa kata pemain JDT dan coach Mora

Esok petang akan berlangsungnya perlawanan paling penting dalam sejarah JDT iaitu perlawanan playoff Piala ACL 2017 antara Gamba Osaka vs JDT. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 6.00 petang waktu Malaysia. Adakah sejarah akan tercipta esok?

Jika menang, JDT akan berada dalam kumpulan Kumpulan H bersama dengan pasukan Jeju United (Korea Selatan), Jiangsu Suning (China) dan Adelaide United (Australia). Sekiranya tewas JDT akan beraksi dalam Kumpulan F bersama dengan pasukan Magwe (Myanmar), Global (Filipina) dan Lao Toyota (Laos) atau Boeungket Angkor (Kemboja)

[AdSense-B]

Safiq Rahim, pemain tengah JDT

Gamba Osaka vs JDT safiq rahim

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan keputusan yang baik dan mencipta satu lagi sejarah untuk JDT. Kami sedang melakukan persediaan rapi terutamanya untuk bermain dalam cuaca sejuk. Saya percaya semua rakan sepasukan mampu menyesuaikan diri dengan pantas.

Ahmad Hazwan Bakri, penyerang JDT

Gamba Osaka vs JDT hazwan bakri

Saya amat gembira diberi peluang namun tetap berdebar-debar menunggu perlawanan menentang Gamba Osaka nanti. Walaubagaimanapun, apa jua halangan dan cabaran perlu dihadapi. Para pemain telah pun bersedia dari segenap aspek menerusi latihan yang telah dilakukan. Sekiranya saya diturunkan untuk bermain, saya pasti akan memberikan aksi yang terbaik.

Benjamin Mora, ketua jurulatih JDT

Sememangnya para pemain sudah bersedia, keyakinan mereka semakin meningkat sejak dari perlawanan yang kita menangi ketika menentang pasukan Bangkok United. Mereka menampilkan bakat mereka serta menunjukkan bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja tugasan yang diberi.

Mereka buktikan mereka adalah pemain yang hebat, pasukan yang hebat hingga ke minit-minit terakhir. Dan kami akan melakukannya sekali lagi. Kami akan berjuang, kami akan bermain bola sepak dengan baik, kami akan mencuba untuk mendapatkan bola dan cuba mengawal bola sekerap mungkin.

[AdSense-B]

Jadi kami akan menguasai rentak perlawanan. Dan memang benar, para pemain telah amat bersedia. Ini adalah pandangan coach kita dengan perlawanan Gamba Osaka vs JDT ini.

Apa pula pandangan anda akan perlawanan ini, Gamba Osaka vs JDT?

Baca juga: Piala ACL 2017 Playoff: JDT bawa 19 pemain ke Jepun

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: