Cabarera Never Stop Trying

Ganzalo Cabrera: Aksi ‘Dribble’ Yang Memikat Hati Penyokong JDT

Setiap peminat bola sepak pasti ada ‘favorite player’ ataupun ‘star player’ pada kelab kesayangan mereka. Contohnya, kelab Barcelona mempunyai Lionel Messi, AS Roma ada pemain ‘legend’ mereka iaitu Francisco Totti yang baru sahaja bersara pada tahun ini dan ramai lagi.

Di kelab JDT terdapat ramai pemain yang menjadi kegilaan peminat seperti Ignacio ‘Natxo’ Insa, Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera dan ramai lagi.

Gaya Permainan Licik

Pada artikel kali ini, saya ingin mengulaskan tentang pemain yang licik dari Argentina yang dikenali ramai oleh peminat Malaysia ekoran skil dan ‘agility’ beliau ketika di atas padang. Beliau adalah Gonzalo Cabrera. Beliau merupakan bekas pelapis dari Boca Juniors dan nama beliau meningkat naik di kelab Faisaly dari negara Timur Tengah.

Sejak kedatangan beliau ke JDT, Cabrera telah menempa nama di Liga Malaysia dan menjadi key player di bawah kendalian Benjamin Mora dan juga Ullises Morais. Gaya permainan yang suka berlegar di bahagian serangan bagi mendapatkan bola dan melancarkan serangan dari tepi juga memberi ancaman pada pemain lawan.

[AdSense-B]

Masih ingatkah anda perlawanan JDT vs T-team tempoh hari di mana beliau berjaya melepasi 3 pemain lawan dengan mudah seperti kelibat Messi di tengah padang. Lihat video dibawah ini:

Pada penglihatan penulis sendiri, Cabrera merupakan seorang attacking midfielder yang mempunyai ball control yang tinggi walaupun bersusuk tubuh yang kecil. Walau bagaimanapun, beliau juga boleh beraksi di bahagian side midfield.

Sejak ketibaan beliau di JDT, beliau diterapkan taktik untuk menempatkan beliau di bahagian attacking winger mengambil role inside forward attacker.

Tugas Utama Dan Kebolehannya

pahang vs jdt 2017 cabrera

Bagi pendapat penulis, beliau juga mampu menggalas tugas berat sebagai titik punca utama untuk mengerakkan serangan. Jika jurulatih ingin meletakkan beliau di attacking midfield ataupun AMF, beliau perlu mengambil free role attacker di bahagian no.10.

Ini kerana dengan kelebihan beliau iaitu dribbling bola dengan baik dan mempunyai off ball movement position yang baik. Justeru, ianya memberi kesukaran kepada pertahanan lawan.

[AdSense-B]

Di bawah kendalian Ullises Morais, beliau dapat menyesuaikan diri taktikal jurulatih tersebut dengan sekejap sahaja dan beliau berjaya menjaringkan gol-gol penting bagi kelab JDT.

Kebanyakan gol beliau adalah hasil daripada gerakan off ball movement yang meletakkan diri beliau ruang yang agak luas bagi Cabrera untuk melepaskan rembatan. Dengan adanya pemain berkualiti seperti Ghaddar dan Gabriel Guerra, ianya memberi aura yang menakutkan kepada pemain lawan.

Statistik Terkini

Analisa Taktikal JDT vs Felda United cabrera

Penampilan: 32

Minit: 2,569

Jaringan: 14 gol

Rate: 1 gol dalam 183.5 minit

Penjaring terbanyak JDT dalam Liga Super 2017: 9 gol

[AdSense-B]

Harapan Kami

pemain import baru jdt 2017 Gonzalo Cabrera

Dengan prestasi yang cemerlang oleh Gonzalo Cabrera pada musim ini ianya berjaya mengambil hati pada sesetengah peminat bolasepak terutama JDT kerana aksi yang cukup mengagumkan dan skil-skil beliau yang tidak boleh dijangka oleh pertahanan lawan.

Diharapkan pemain seperti beliau dapat kekal di JDT bagi saingan kejohanan AFC pada akan datang kerana kredibiliti dan kemampuan beliau amatlah ditagih oleh peminat dan juga menjadi tonggak yang amat penting pada pasukan kendalian Ullises Morais.

Baca juga: 8 Pemain JDT Dan JDTII Yang Berada Dalam Skuad Emas Sukan SEA 2011

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: