Ghaddar Kembali Ke Pangkuan TRW?
Bekas penyerang kesayangan peminat Kelantan, Mohammad Ghaddar, kini dikaitkan kemungkinan kembali ke pangkuan skuad Kijang Merah selepas pasukan bimbingan Sathit Bensoh itu berdepan masalah di barisan depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dalam entri terbaru di akaun Facebooknya hari ini seolah-olah memberi bayangan jelas berhubung perkembangan baharu itu.
[AdSense-B]“Terima kasih kepada semua penyokong yang masih setia membeli jersi Kelantan FA…whatsapp 014-8116000 untuk mendapatkannya atau boleh didapati di Desa Murni Batik Cawangan Kota Bharu…tempahan jersi nombor 22 dari Lubnan,”.
Jersi nombor 22 itu sebelum ini dipakai oleh Ghaddar ketika mewakili The Red Warriors (TRW).
Pemain itu difahamkan akan tiba di sini pada minggu ini bagi menggantikan seorang daripada pemain import Kelantan.
Sukan NSTP cuba menghubungi Bibi sendiri bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkembangan berkenaan sebentar tadi tetapi gagal.
Perpindahan Ghaddar dalam pasukan itu juga kelihatan singkat kerana jendela perpindahan pemain Liga Malaysia bagi peringkat pertama berakhir pada hari ini.
Ghaddar pada musim ini turut menjadi tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tempatan selepas kelibatnya tidak kelihatan beraksi dengan mana-mana pasukan.
[AdSense-B]Pada musim lalu, penyerang sensasi itu menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setengah musim selepas berhijrah daripada Kelantan pada jendela perpindahan kedua yang dibuka pada 15 Mei tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Morais: JDT Gagal Manfaatkan Peluang