Yol

Rumusan PKNS FC 0 JDT 1: Gol Kemenangan JDT Dijaringkan Oleh Amirul, Ghaddar Hanya Membantu

Kami tidak pasti siapa ‘gamechanger’ dalam perlawanan malam tadi tapi nampaknya semua pemain cuba ikut rentak Ghaddar dan nampaknya bahagian tengah JDT cuba lebih pro-aktif walaupun tidak begitu berkesan.

Kerajinan Amirul Hadi malam ini berbaloi walaupun menjadi ‘extraman’ tanpa dijangka sebentar tadi. JDT nampak berjaya memecahkan ‘tight area’ PKNS FC selepas hantaran Ghaddar disempurnakan oleh Amirul.

Tapi bagi kami, hari ini ‘finisher’ tidak bagus sekali. Banyak percubaan tersasar jauh dari pintu gol. Selain itu, JDT banyak bermain ‘wide’ and ‘back pass’ sehinggalah kita yang menonton merasa bosan.

Dengan kemasukkan Hazwan Bakri, barulah nampak nafsu JDT untuk menyerang semakim membara. Kami berpandangan agar Coach Mora mengekalkan ‘twin targetman’ ni bila ketiadaan Safiq Rahim.

Kekurangan permainan malam ini lebih kepada JDT kehilangan ‘maestro’ yang cemerlang di kawasan tengah. Ghaddar masul lagi berbahaya walaupun bukan seperti Ghaddar semasa menyarung jersi pasukan lamanya.

Dan Ghaddar akan jadi lebih berbahaya jika dia mempunyai ‘penyuap’ yang memahami kemahuan Ghaddar semasa di atas padang.

Boleh juga kami katakan bahawa pertahanan JDT terlalu bertuah. Jika tidak kerana aksi cemerlang Farizal Marlias dan bola terkene palang, kita sudah berputih mata malam ini.

Apa-apa pun mari meraikan malam yang istimewa buat Yol. Kau ingat selalu ke hari macam ni akan muncul??

Hidup Yol

Baca juga: 13 Pemain JDT Dipanggil ke Kem Latihan Harimau Malaya Termasuk Safiq, Aidil, Kunanlan dan Yol

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: