Farizal_marlias

Halim Napi Berdoa Farizal Tidak Dikenakan Tindakan Berat

Bekas penjaga gol Kelantan, Halim Napi berharap Farizal Marlias diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapannya sekalipun mengakui tindakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu menolak pengadil memang satu kesalahan.

Justeru dia berdoa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak mengenakan hukuman yang terlalu berat ke atas Farizal sebaliknya cukup untuk dijadikan pengajaran oleh penjaga gol itu.

“Pada saya apa yang dilakukan oleh Farizal itu satu tindakan spontan ekoran perasaan kecewa selepas pengadil memberikan sepakan penalti pada minit-minit akhir yang membawa kepada kekalahan Johor DT.

“Saya tidak kata tindakan Farizal itu betul. Ia agak keterlaluan terutama apabila membabitkan pengadil. Dia memang salah dan patut dikenakan hukuman.

“Cuma, saya berdoa supaya Farizal tidak dikenakan tindakan terlalu berat seperti digantung seumur hidup. Sebaliknya, berilah dia peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan dengan dikenakan hukuman ringan sebagai pengajaran.

Sumber: Harian Metro

Baca: MA Ranking: Walaupun JDT Terkandas, Malaysia Berjaya Memintas Hongkong Untuk Tempat Ke-6

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: