Harga Emas Terendah

Harga emas makin murah, terendah dalam 9 bulan

KUALA LUMPUR: Harga emas pukal susut ke paras terendah dalam tempoh sembilan bulan, selepas pelabur dicengkam kebimbangan kemelesetan yang menyaksikan dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Emas untuk penghantaran Ogos kini berlegar pada AS$1,736 (RM7,670) seauns atau RM246 segram, sekitar paras terendah sejak September 2021.

Kenaikan dolar AS telah menjadikan logam berharga itu lebih mahal untuk pembeli antarabangsa.

Indeks dolar ICE meningkat 0.51 mata kepada 107.05, selepas mencecah 107.26, paras tertinggi sejak 2002.

Peningkatan dolar AS menyaksikan hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat 9.9 mata asas kepada 2.904 peratus.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA bagi Asia Pasifik, Jeffrey Halley, berkata kesinambungan pengukuhan dolar AS dan hasil bon Perbendaharaan yang tinggi memberi tamparan kepada emas untuk terus merosot.

Katanya, emas merosot 1.45 peratus kepada AS$1,739.50 (RM7,691.46) seauns atau RM247.29 segram.

“Di pasaran Asia, gambaran teknikal terlebih jual jangka pendek menyaksikan lantunan sederhana 0.45 peratus kepada AS$1,746 (RM7,720.20) atau RM248.21 segram.

“Sejak berjaya melepasi paras AS$1,780 (RM7,870.54) seauns atau RM253.04 segram, gambaran teknikal emas merosot dengan pantas dan ia jelas kekal di bawah paras hala tuju dolar. Satu-satunya laporan positif yang dapat dilihat ialah Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) telah jatuh ke dalam wilayah terlebih jual, membolehkan rali pembetulan sederhana berlaku,” katanya.

Halley berkata, berkata paras rintangan emas berada pada AS$1,780 (RM7,870.54), AS$1,785 (RM7,892.65) dan AS$1,820 (RM8,047.40) seauns. Digalakan simpan emas.

“Paras sokongan pula adalah AS$1,720 (RM7,605.24), diikuti AS$1,675 (RM7,406.26). Kegagalan paras sokongan jangka panjang pada AS$1,672 (RM7,393) menjadikan aliran pembetulan yang lebih jauh iaitu berpotensi mencecah AS$1,500 (RM6,632.47),” katanya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: