Dossier Start Bg28

Harta Pusaka Adik Beradik, Ramai Anggap Durian Runtuh Tapi Sebenarnya Besar Tanggungjawab

Kalau cerita bab harta pusaka, yang adik beradik pun boleh jadi gaduh mulut. Tambah kalau masing-masing dah berumah tangga dan ada komitmen. Ini cerita golongan yang tak amanah, maknanya tak semua yang pentingkan diri sendiri.

Ada yang baik hati dan faham dengan hukum agama, dia mungkin berfikir ke mana harta pusaka patut diagihkan. Nak lebih panjang isu harta pusaka, jemput hadam perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak.

Pesanan Untuk Adik-beradik Sendiri

Harta Pusaka Adik-Beradik Yang Meninggal : Tanggungjawab atau Durian Runtuh?

Bila seseorang itu meninggal dunia, yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan doa dari anak yang soleh/solehah. Harta benda, rumah, kereta, tanah, gelang tangan, saham, semua ini akan ditinggalkan dan dinamakan harta pusaka, harta peninggalan si m4ti.

Sebagai org islam, kita ada option untuk mewasiatkan harta kita tu, atau menghibahkan harta tersebut sebelum kita meninggal dunia dan jika kita tak sempat untuk buat kedua-dua cara ini, maka harta pusaka peninggalan itu akan dibahagi secara FARAID.

Jika kita selaku adik beradik kepada si mati (sim4ti ialah adik, abg, kakak kita) ada menerima bahagian tersebut, sejumlah harta & wang ringgit daripada pembahagian faraid, adakah itu durian runtuh, rezeki terpijak ataupun tanggungjawab?

Tanggung Jawab Ke mana?

Masyarakat kita, bila dapat sesuatu hasil dari faraid, yang dipandangnya adalah harta tersebut sahaja. Dia akan fikir, nak jual atau tak tanah itu, duit tu nak melancong mana atau beli apa. Tahukah kita yang harta/duit tersebut datang beserta tanggungjawab untuk menjaga apa yang ditinggalkan si m4ti?

Iaitu anak-anak si m4ti… anak saudara kita? Anak kepada abang kita/kakak kita/adik kita yang telah meninggal dunia. Sepupu kepada anak-anak kita. Berapa ramai yang masih menjaga, mengambil tahu anak-anak adik beradiknya yang telah meninggal dunia? Mugkin ada, tapi tak banyak, yang banyak, buat hal sendiri, jaga rumahtangga sendiri.

Anak si m4ti makan ke tak, tak tahu. Ada duit untuk belajar ke tak, tak tahu. Kesusahan, kepayahan dan keperitan hidup mereka setelah ayah atau ibunya pergi, juga kita tidak mengambil tahu.

Ambil Tahu Kebajikan Anak-anak

Sekadar ingin mengingatkan, kita masih bertanggung jawab terhadap anak-anak si m4ti. Itu anak-anak adik beradik kita. Walaupun kita tiada apa-apa lagi pertalian dengan bekas isterinya/ bekas suaminya, balu sim4ti, tapi hubungan dengan anak sim4ti masih ada.

Cubalah mengambil tahu tentang kebajikan hidup anak-anak si m4ti dan menolongnya sekadar yang kita mampu. Jangan abaikan tanggungjawab ini, sebab ini sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai adik beradik si m4ti. Jangan sekadar guna apa yang kita dapat dari si m4ti untuk kepentingan diri sendiri.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: