Hukum Berzikir Tak Tutup Aurat

Hukum Berzikir Tak Tutup Aurat

Soalan:

Ustaz, adakah makruh tak tutup aurat sempurna ketika berzikir atau berdoa? contoh ketika diwaktu kritikal, masuk tandas,t idur, ketika ingin bersetubuh ataupun secara spontan ketika di dalam rumah, selepas azan dan ketika ingin berbuka?

Jawapan:

Menutup aurat bukan syarat dibolehkan berzikir. Cuma boleh dikatakan keadaan yang paling baik ialah seseorang berzikir dalam keadaan yang paling sempurna sesuai dengan zikir yang dilakukannya. Inilah secara umumnya.

Namun dalam keadaan tertentu, seperti nak masuk tandas dan bilik air, ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan dan seumpamanya, tiada sebarang halangan untuk berzikir dan berdoa dalam keadaan tersebut.

Sumber: https://binsahak.com/index.php/zikir-dan-doa/1255-ssi-1210-hukum-berzikir-tak-tutup-aurat

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: