Hukum Sebenar Bunuh Cicak Yang Ramai Salah Faham
Cicak adalah sejenis haiwan yang dianggap sangat mengganggu bagi masyarakat. Haiwan ini sering mengotorkan buku, lantai rumah, masjid, sehingga boleh menyebabkan lantai rumah kita bernajis kerana tahi cicak.
Sebelum ini, kita semua pasti menganggap bahawa semua jenis cicak adalah sunat dibunuh berdasarkan satu hadis nabi, namun rupa-rupanya kita salah!
Dalam satu soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus, seorang pendengar menyuarakan pertanyaannya, kenapa bunuh cicak ini hukumnya sunat sedangkan ‘moyang’ dia yang buat salah?
Menjawab pertanyaan, Ustaz Azhar Idrus mengatakan bukan sebarang cicak yang sunat dibunuh, namun hanya cicak yang jenis mengotorkan Al-Quran, masjid, atau yang banyak tinggal di dalam rumah kita.
Manakala, cicak yang berada dalam hutan yang hanya ‘diam’ sahaja tidak sunat dibunuh.
Menurut ulamak, sunat dibunuh cicak bukanlah kerana cicak berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim, tapi kerana cicak yang suka mengotorkan tempat-tempat ibadat.
“Allah memang menciptakan cicak untuk kita dapat pahala membunuhnya, dan apabila kita membunuhnya, cicak itu tidak merasakan kesakitan, ini jawapan ulamak.”
Memang benar, kita sendiri boleh tengok sendiri di Masjid atau Surau, jika cicak dibiarkan macam itu sahaja jadi akan banyak tahi cicak di lantai. Malah, waktu kita sedang solat pun cicak boleh berak atas kepala kita.
Dirakamkan dalam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa membunuh cicak dengan sekali pukul, maka ditulis untuknya seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya dengan dua kali pukulan, maka pahalanya kurang daripada itu, dan jika membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kurang dari itu.” [HR. Muslim]
Bercakap soal kisah cicak dan Nabi Ibrahim, dikisahkan ketika Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim, cicak turut sama meniup api Raja Namrud supaya semakin marak. Walaupun tiupan cicak itu tidak seberapa, namun apa yang dilakukannya jelas menunjukkan ia berada di pihak yang mana.
Dari Sa’ad ibn Abi Waqqash bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan untuk membunuh cicak. Dan beliau menamakannya (cicak ini) haiwan kecil yang fasik” (HR. Muslim)
Undang-undang membunuh cicak dibenarkan di sisi undang-udang bahkan, di sisi Islam, membunuh cicak yang suka mengotorkan tempat, akan mendapat pahala, iaitu ditulis untuk kita kebaikan.
Jadi, diharap dengan penjelasan ini akan salah faham yang timbul dalam masyarakat berkaitan dengan hukum bunuh cicak. Nanti lepas ni jumpa cicak ‘innocent‘ tepi jalan jangan pulak dibunuh cicaknya ya?