Tip Untuk Ibu Menjimatkan Perbelanjaan Keluarga. Yang Last Tu Mesti Ramai Buat Kan?
Dengan keadaan ekonomi negara yang masih tidak menentu, rata-rata keluarga mengamalkan cara hidup berjimat-cermat. Terutama keluarga muda yang tinggal di bandar, kenaikan kos sara diri amat dirasai berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.
Di sini kami kongsikan tips terutamanya untuk ibu moden, bagaimana anda dapat membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga.
JANGAN BAZIRKAN SISA MAKANAN.
Salah satu sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah ialah melakukan pembaziran makanan. Kadang-kala apabila memasak, pasti ada lebihan makan yang tidak habis dimakan.
Apa kata lebihan makanan itu anda simpan. Sebagai contoh, anda masak kari ayam, lebihan ayam yang tidak dimakan janganlah dibuang. Anda boleh simpan ayam itu, untuk dijadikan rencah memasak nasi goreng atau mee goreng untuk sarapan pagi keluarga anda pada keesokkan harinya.
BANDINGKAN HARGA BARANGAN DAPUR SECARA ONLINE.
Dengan ledakan teknologi, boleh dikatakan setiap individu memiliki telefon pintar sendiri. Daripada anda sibuk mencari gosip artis di internet, apa kata anda lakukan perbandingan harga barangan keperluan harian.
Sekarang, terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perbandingan harga barangan runcit setiap hari. Contohnya, satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Paparan Harga.
Aplikasi ini memudahkan anda untuk membuat semakan harga bagi 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia. Anda dah tak perlu bersusah payah pergi ke setiap pasar raya untuk membandingkan harga. Mudah kan?
MENYEDIAKAN BEKALAN MAKANAN UNTUK KELUARGA.
Daripada suami anda mengeluarkan duit untuk makan di luar setiap hari dan memberikan anak anda wang untuk berbelanja di sekolah, apa kata anda sediakan bekalan makanan dari rumah untuk mereka.
Nilai harga makanan yang mereka beli di luar lebih mahal daripada kos penyediaan makanan, jika anda memasak sendiri di rumah. Secara tidak langsung, anda dapat melakukan banyak penjimatan.
MELANGGAN PAKEJ MOVIE-STREAMING DARIPADA MENONTON WAYANG.
Jika anda selalu keluar menonton wayang, anda pastinya perlu mengeluarkan wang untuk tiket wayang dan makanan ringan, kerana anak anda pastinya mahukan makanan yang dipaparkan di skrin tempat jualan sebelum masuk ke panggung wayang.
Untuk melakukan penjimatan apa kata anda langgan sahaja pakej movie streaming, dengan nilai kurang daripada RM 20 sebulan anda dapat menonton bersama-sama ahli keluarga yang ramai. Anda hanya perlu menahan keinginan. Tidak salah jika perlu menonton filem lewat sebulan daripada tarikh tayangan kan?
CARI RESTORAN YANG MENAWARKAN MAKANAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK.
Setiap bulan, anda pasti inginkan masa untuk diluangkan bersama-sama keluarga. Anda sebagai isteri juga ingin berehat daripada melakukan kerja rumah kan?
Jika anda makan di luar, apa kata anda cari restoran yang menawarkan makanan kanak-kanak secara percuma. Banyak saja restoran yang buat tawaran begini. Bukan saja anda dapat berjimat, malah anda sekeluarga dapat meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan gembira.
JUAL PERMAINAN ANAK-ANAK YANG TIDAK DIGUNAKAN
Keterujaan menjadi ibu-bapa kadang-kala membuatkan anda tidak sedar yang anda dah berlebihan dalam berbelanja. Jika terdapat barang anak-anak yang tidak digunakan seperti baju dan permainan, apa kata anda jualkan secara online, dan jika anda ingin beli permainan yang baru untuk anak anda, beli sahaja yang second-hand. Lebih jimat dan menguntungkan anda.
GUNAKAN BARANGAN SEDIA ADA DI RUMAH UNTUK DIJADIKAN KUDAPAN.
Untuk anda menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga juga, anda boleh menyediakan sendiri, kudapan buat suami dan anak-anak di rumah. Ini dapat mengelakkan anda mengeluarkan wang untuk minum petang di luar.
Sebagai contoh, kudapan yang mudah di sediakan ialah seperti pisang goreng, lempeng dan diminum bersama minuman panas atau ice-blended menggunakan bahan sedia ada dirumah. Jika di rumah anda ada pek produk Alicafe Tongkat Ali dengan Ginseng dan Per’l lagi mudah, kerana anda boleh terus membuat ice-blended coffee.
Ia lebih murah berbanding harga ice-blended yang anda beli di luar atau di kedai-kedai hipster. Rasanya juga lebih enak.