Ibu Muda Sembahyang

Inilah 3 Tip Bantu Ibu Muda Khusyuk Dalam Solat

“Macam mana nak solat ni..baru je pakai telekung anak dah menangis, tarik-tarik kain lah..nak dibiarkan menangis kasihan pula..”

Itulah situasi yang dilalui oleh semua ibu mahupun bapa yang memiliki anak kecil. Waktu ibu nak makan, mandi, solat dan berehat, waktu itulah anak bangun dari tidurlah, menangislah. Jaranglah anak tak buat ‘hal’. Orang kata, bila dah ada anak tiada lagi ‘me time‘ untuk para ibu. Semuanya fikir anak terlebih dahulu barulah diri sendiri. Itulah pengorbanan seorang ibu!

Bila menyentuh soal solat, ibu-ibu pasti mengalami kesukaran untuk mendapatkan solat yang kusyuk tanpa gangguan daripada anak kan? Baru tinggal sebentar dah menangis, terpaksalah si ibu menghabiskan solat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mungkin perkongsian oleh seorang ibu ini dapat membantu anda yang mempunyai anak kecil untuk khusyuk dalam solat.

3 TIP MEMBANTU IBU MUDA KHUSYUK DALAM SOLAT

Tanamlah setiap benih didunia ini dengan benih disyurga. Nilai ‘ibadurrahman itu perlu dilatih dalam kehidupan, baru kita terlatih dalam solat. Dalam kehidupan perlu ada rasa rendah hati, baru dalam solat kita akan rasa rendah diri, kalau tidak, boleh jadi seseorang itu akan sombong dengan Allah.

Apabila tidak lagi khusyuk ketika solat, carilah cara untuk menambahkan rasa khusyuk itu. Saya ingin kongsikan tiga tip mudah yang saya dapat ketika menghadiri usrah baru-baru ini, bagaimana nak membantu ibu muda yang mempunyai anak kecil untuk khusyuk dalam solat.

1. BACAKAN DOA

Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.

Kalau saya boleh top up sikit, saya suka doa dan tiupkan pada ubun anak-anak saya, mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk khusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.

2. PESAN

Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).

Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik.

Saya juga sejak dahulu seusai berpantang, bila dah boleh solat, saya akan selalu berpesan pada anak kecil saya, saya berkomunikasi dengan bahasa yang mudah dengan harapan dia akan faham. Alhamdulillah sedikit demi sedikit boleh membantu, lebih-lebih lagi bila dah besar.

“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat” “Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”

Bila dah besar sikit, biasanya saya akan tanya,

“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?” “Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”

Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ini kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.

3. LETAK SEJADAH

Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ada sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.

Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.

Never give up mama!

Sumber: Mahirah A. Rashid

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: