Rozaimi dan Imej Barunya Menjadi Tumpuan Pada Sesi Latihan JDT II
Para pemain JDT II telah memulakan latihan pertama bermula 1/12/2016. Salah seorang pemain yang menjadi tumpuan adalah Rozaimi Abdul Rahman dengan gaya rambut terbaru ala ‘afro’. Rozaimi merupakan pemain yang paling ditunggu oleh peminat JDT dan juga Sabah
Kontrak Rozaimi bersama JDT
Rozaimi telah menandantangan kontrak selama tiga tahun bersama JDT dan website rasmi Johor Southern Tiger (JST) telah membuat pengumuman rasmi pada 12 Jan 2016. Semenjak dari itu, beliau terus mengikuti latihan dibawah Mario Gomez sementara dalam proses pemulihan dari kecederaan dan juga kemalangan yang dihadapi.
Beliau belum lagi membuat penampilan untuk JDT sepanjang setahun bersama JDT. Semua gambar yang di upload di fanpage JST menampakan susuknya pasti akan mendapat banyak like dan juga komen. Ternyata para peminat tidak sabar untuk dia membuat penampilan sulong bersama JDT.
Rozaimi diputuskan akan bersama JDT II
Pada 29/6/2016, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengumumkan bahawa beliau akan bersedia untuk bermain pada tahun 2017 bersama JDT II. Nampaknya penyokong semua menerima keputusan ini dan berharap beliau dapat kembali ke prestasi sebenar sebelum diserap ke dalam skuad utama.
Berikut adalah gambar yang dirakam oleh lensa kamera JST:
Sesi latihan 1/12/2016
Sesi latihan 2/12/2016
Apa komen anda dengan imej terbaru pemain ini?
Baca juga: Piala ACL 2017: Bagaimana Lawan JDT di Peringkat Kelayakan ditentukan?