Natxo Insa Jdt 3

Impak Ignacio Natxo Insa Kepada JDT Ketika Menentang Pulau Pinang

Pemain Sepanyol ini diturunkan buat pertama kali di dalam perlawanan menentang Pulau Pinang. Bagi kami, amat jelas pembelian ini sangat-sangat berbaloi

Kebiasaannya pemain yang baru melakukan ‘debut’ akan mengalami sedikit kesukaran untuk ‘adapt new environmet’ buktinya boleh dilihat apabila Mohamad Ghaddar agak kurang menyerlah ketika debutnya menentang PKNS FC tempoh hari.

Corak permainan yang keras namun ‘clean’ adalah sesuatu yang masih belum boleh diberi Afiq Fazail ekoran fizikalnya yang agak kecil. Di separuh masa pertama jelas Natxo Insa masih ‘malu-malu kucing’ untuk memperagakan aksi terbaiknya.

natxo insa jdt 4

Namun itu tidak membantutkan prestasi dan ‘work rate’ dia yang sememangnya sangat-sangat dipuji. Di samping aksi yang menerujakan dari Izham Tarmizi, JDT seharusnya berterima kasih kepada mereka.

Bermula separuh masa kedua, pertukaran Afiq Fazail yang menggantikan Amirul Hadi jelas menonjolkan aksi sebenar Natxo Insa. Safiq Rahim yang jelas ‘struggle’ di separuh masa pertama kembali menemui rentak selepas dibantu Natxo yang banyak melakukan ‘pass through’ dan ‘killer pass’ kepada Ghaddar dan Gonzalo Cabrerra.

natxo insa jdt 2

Ketenangan belia di samping jantung ‘tahap dewa’ sangat memberi manfaat kepada JDT. beliau juga hampir menjaringkan gol debut namun palang dan tiang menggagalkan impian tersebut untuk direalisasikan. Bukan mahu menafikan kemampuan Pulau Pinang, namun kemampuan Natxo Insa bakal teruji apabila menghadapi pasukan seperti Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan.

Dan kini pemain yang diberi gelaran sebagai ‘Nacho’ ini bakal menjadi pemain kesayangan kelab. Kalau dulu kita merasai kehilangan Lucho (Luciano Figueroa), Chicken (Jorge Diaz) dan Hariss, namun kini semuanya bakal berubah.

Keep it up Nacho the Matador.

natxo insa jdt 1

Baca juga: JDT Kukuhkan Cengkaman Liga Super Dengan Kelebihan 9 Mata

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: