Ini Antara 5 Kebimbangan Yang Ibu Muda Selalu Alami. Anda Pun Macam Ni?
Orang kata, pertama kali bergelar ibu bapa ni, rasa gementar dan takut tu memang tak boleh nak hilang! Maklumlah, nak tunggu kelahiran cahaya mata sulung kan.
Biasalah, first time nak uruskan anak sendiri mestilah rasa gugup, kekok dan serba tak kena! Bayi kan perlukan extra care dan perhatian. Tapi lama kelamaan terus jadi biasa dan boleh uruskan baby macam pro!
Haa..kat sini kami senaraikan antara kebimbangan-kebimbangan yang selalunya ibu hadapi dalam membesarkan si manja. Anda pun macam ni?
RASA DIRI BUKAN IBU YANG TERBAIK BILA ANAK SAKIT
Hati ibu bapa mana yang tak risau bila anak sakit kan? Terus fikir kat mana agaknya silap kita. Cara penjagaan yang salah ataupun masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak masih belum matang dan akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, kalau si manja anda demam atau selsema 5 hingga 6 kali dalam setahun, itu adalah normal.
Seeloknya, bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar segera dan sentiasa pantau kesihatan anak kita. Ibu-ibu, jangan risau sangat ya!
PERKEMBANGAN ANAK LAMBAT SIKIT DARI ORANG LAIN
“Eh, anak kau belum berjalan lagi, anak aku baru setahun dah laju dah jalan”. Kerap sangat kita jumpa ibu bapa yang macam ni. Elok-elok kita tak risau, dah jadi runsing pulak fikir bilalah anak kita nak pandai jalan.
Jangan macam tu..Perkembangan setiap anak tak sama kerana dilahirkan dalam persekitaran yang berbeza. Ada yang lambat berjalan tapi cepat bercakap, ada yang laju merangkak tapi belum pandai berjalan. Yang penting, anak kita membesar dengan sihat. Kita sebagai ibu kenalah terima dan bersyukur dengan kelebihan anak masing-masing.
RASA BERSALAH BILA HANTAR ANAK KE PENGASUH
Situasi ni selalunya dihadapi oleh mereka yang pertama kali bergelar ibu. Yelah, dah 2 bulan berpantang, tak pernah berenggang dengan anak. Bila dah habis cuti dan mula bekerja, memang perasaan tu bercampur baur.
Rasa bersalah nak tinggalkan anak dekat pengasuh. Baru sejam, dah rindu. Kalau boleh, nak bawak anak pergi kerja sekali! Kadang-kadang, rasa nak berhenti kerja dan jaga anak sendiri kat rumah.
BILA TAK CUKUP SUSU BADAN
Yang ini memang dilema yang sering dialami oleh kaum ibu. Seperti yang kita tahu, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Perasaan bahagia bila susukan anak tu, memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Tapi, tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak mereka dalam tempoh yang lama dan terpaksa beri susu formula. Yelah, ibu mana yang tak nak berikan bayi mereka susu sendiri kan. Tapi, apa-apa pun, yang penting adalah kesihatan anak. Susu formula pun tinggi dengan pelbagai khasiat untuk tumbesaran si manja. Fikir positif ya!
TAK CUKUP ‘BONDING TIME’ DENGAN ANAK
Bagi ibu yang bekerjaya, masa berkualiti dengan anak dan keluarga adalah paling utama bagi mereka. Namun dek kesibukan kerja, kadang-kadang tak sempat nak luangkan masa dengan mereka.
Pagi dah hantar anak ke pengasuh atau taska, balik kerja, anak pun dah tidur. Hujung minggu sajalah waktu yang ada untuk mereka. Kadang-kadang, bila tengok anak tidur, rasa bersalah sangat sebab tak ada bonding time dengan mereka.
TIADA IBU YANG SEMPURNA, TAPI SEMUA IBU MAHUKAN YANG SEMPURNA BUAT SI MANJA!
Kalau boleh, setiap ibu ingin anak mereka berada di depan mata setiap masa. Tapi, sukar bagi ibu yang bekerjaya tu. Oleh itu, ibu-ibu boleh manfaatkan masa yang ada dengan aktiviti di rumah seperti waktu mandi!