Gila4

“Ini kerja GILA.!!! Korang semua dah GILA.!!!”

KAN KU SERAHKAN JIWA RAGAKU UNTUKMU DEMI JOHOR DARUL TA’ZIM.

Masihkah korang semua ingat apa yang kita rancang hampir sebulan sebelum perlawanan JDT bertemu Kelantan? balik kerja berdesup lincah kadok terus ke dewan untuk menyiapkan kerja-kerja (TIFO) yang belum siap. ada yang tak sempat mandi, makan, tidur dan bersama keluarga, ada juga yang terpaksa mengorbankan perlawanan piala dunia dan juga perlawanan bertemu Perak, perlawanan bertemu Perak adalah perlawanan yang amat penting bagi kita semua kerana perlawanan itu adalah perlawanan penentu kejuaraan buat kali kelima berturut-turut buat JDT. kalau ikut logik akal bagi penyokong-penyokong tegar semestinya mereka tidak mahu lepaskan peluang menonton perlawanan yang amat penting itu.

Sampai ke harini masih melekat kata-kata seorang sahabat (Topi Biru). “biar aku, kau, kita, kami semua bangga. biar orang tak kenal siapa yang buat, tapi biar dieorang bangga, gembira dan hargai dengan hasil usaha kita. biar ada yang tak hargai kita. janji kita puas hati”. ada pula sorang sahabat mengatakan “Ini kerja GILA.!!! Korang semua dah GILA.!!!” Yang paling kelakar sambil dia mengatakan ayat-ayat tu, tangan dia sebok menconteng dan mewarnakan Tifo tersebut..maknanya dia pun sudah GILA.!!! hehehe.

Hari yang ditunggu-tunggu sudah pon tiba. tapi kami ada masalah dari segi transport dan pembantu untuk membawa Tifo ke dalam stadium Larkin. manakan tidak satu huruf ayat tersebut sebesar dewan Jubli Intan JB dan Tifo tersebut bukannya satu tapi lima. transport yg kami ada cuma sebijik van. tapi tu semua cuma alasan bagi orang yg tidak mahu berjaya. akhirnya kami mendapat sebijik lori seberat 3 tan (Thanks Neslo). manakala dari segi pembantu untuk mengangkat Tifo tersebut juga dapat kami atasi dengan mudah. kerana semua sedia maklum yang comrade-comrade B.O.S semuanya senang untuk bekerjasama serta ringan tangan jika melibatkan sesuatu pergerakkan. hanya dengan picit-picit handphone berkoyan-koyan mereka datang membantu tanpa banyak cekadak.

Ketika kami sedang bergelut untuk menyiapkan Tifo tersebut dan dalam proses mengangkat Tifo tersebut ke Larkin ada yang hampir berputus asa, mula mental. maki memaki sesama sendiri itu normal bagi manusia yg sudah terlalu penat. tapi semangat utuhnya kekeluargaan (Familia) kami ketepikan semua itu. yang penting misi kita semua berjaya. akhirnya kesemua Tifo tersebut berjaya sampai di larkin dan disusun ditempat yg telah ditetapkan. ya kami semua puas dan senyuman mereka semua kembali terukir sama seperti joker. Tersengih-sengih seperti pengantin baru.

Detik-detik saatnya telah tiba. kesemua ayat-ayat Tifo telah berjaya turun dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah dengan hasil bantuan kesemua penyokong Johor Darul Ta’zim pada masa itu. ada yg mula keluarkan kamera utk rakam detik-detik bersejarah itu, ada pula yg sorak kegembiraan, ada yang cakap “WOW” mcm kat stadium Eropah siak. ada masih tidak percaya Tifo sebesar 1 dewan terbentang luas didepan mata mereka dan lebih menarik bukannya satu Tifo tapi lima!!! ya semua yang berada di dalam stadium Larkin malam itu tidak percaya tapi itulah kenyataan dan itulah hasil usaha budak-budak yang amat mencintai kelab yang bernama Johor Darul Ta’zim dan itulah hasil kerja budak-budak Selat. mereka terlalu banyak mengorbankan dari segi kudrat, masa dan wang. kredit buat mereka semua. yang selalu aku panggil mereka ini “GILA”.

Tapi bagi yang terlibat dalam pembikinan Tifo-Tifo ini hanya tersenyum puas malah ada yg mengalirkn air mata kerana terlalu puas (aku ada gambar kau tengah menangis) hehehe. Terima kasih tak terhingga pada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. terima kasih juga buat seluruh penyokong-penyokong Johor Darul Ta’zim kerana sentiasa percaya dan sentiasa memberi sokongan terhadap kami dengan pembelian barang-barang B.O.S. hasil pembelian barang-barang tersebut kami terjemahkan pada malam itu dengan hasil seni yang susah orang lain miliki (Pembelian Anda Pergerakkan Kami).

buat kelab Johor Darul Ta’zim pula terima kasih kerana sentiasa mendengar masalah penyokong dan sentiasa berkomunikasi dengan kami untuk menambah baik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. tidak pernah lupa juga buat seseorang insan yang amat-amat kami sayangi iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang tidak pernah putus-putus beri kata-kata semangat kepada kami dan tidak pernah kenal erti penat demi Bangsa Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjunjung kasih Tunku. sebab itu la aku suka mengelarkan TMJ ini adalah VVS1.

Alangkah indahnya jika saat, detik waktu itu kita dapat teruskan lagi pada masa akan datang. alangkah harmoninya jiwa ini jika dapat bersama-sama buat selama-lamanya. ini bukan soal wang, kudrat ataupun nama tapi cuma semangat, cinta serta jati diri yang telah tertanam dalam jiwa ini. buat sahabat-sahabat walau apa pun yg terjadi harap jangan lekas undur diri pasal kita yg mulakan jangan pula kita akhiri lagipun perjalanan kita takkan pernah terhenti kecuali mati. akan aku ceritakan kelak pada anak cucu kita nanti yang kita pernah berjuang demi Johor Darul Ta’zim tanpa mengangkat senjata. senjata yang kita ada adalah suara, tenaga dan masa.

-Unit Tifo Tidak Pernah Tido-

Sekali B.O.S Selamanya B.O.S
Mess With The Best, Die Like The Rest.

#VVS1
#UnitTifo
#BosFamilia
#BoysOfStraits

Sumber: https://www.facebook.com/haniff.kutaline/posts/2059472164064942

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: