Sesi Temubual

Intipati Sesi Temubual Santai TMJ Bersama Penyokong JDT

INTIPATI SESI TEMUBUAL SANTAI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERSAMA PENYOKONG JOHOR DARUL TA’ZIM

” Polisi di JDT adalah tiada rahsia.. Kita akan kongsi bersama penyokong..” – DYAM TMJ

Status Ulisses Morais?

Morais ada masalah keluarga yang berat sebelum ini. Beliau terpaksa balik untuk selesaikannya. Morais dan TMJ mempunyai hubungan yang baik dari segi stuktur dan koordinasi pasukan sebelum ini. Sebelum pergi beliau menyuarakan berkemungkinan untuk kembali bila semua masalah keluarga beliau selesai.

Semasa ketiadaan beliau Raul Longhi dan Ismail Ibrahim calon paling sesuai untuk jadi caretaker sementara Morais tiada kerana Raul rapat dengan pemain kita.Projek JDT kita masih jauh. Sekarang ini baru dalam 40-50%. Morais akan kembali tapi belum ada tarikh yang pasti lagi.

Status Yayasan JDT?

Yayasan JDT ada sedikit masalah dulu. Kita terpaksa berhentikan buat sementara waktu. Tetapi sekarang projek ini bakal diteruskan lagi dengan lebih serius dan kita mahukan kali ini amanah akan diberikan kepada penyokong-penyokong kita sendiri untuk jalankan. Idea penubuhan Yayasan bolasepak seperti JDT ini telah turut dibuat oleh salah satu pasukan lawan kita.

Oleh itu kita semua dan penyokong-penyokong perlu berbincang kembali untuk meletakkan Yayasan JDT ini lebih baik selepas ini. Sebelum ini kita pernah ingatkan tentang pentingnya sumbangan dan kawalan kewangan pasukan. Kita bukan sentiasa berada di atas.
Oleh itu penyokong-penyokong JDT perlu miliki 20% daripada pasukan JDT.

Status Pemain Import?

Dahulu pasukan memang perlu untuk beri peluang dan masa kepada semua pemain. Ini adalah polisi yang diguna pakai dalam semua pasukan bolasepak.Tetapi kini kita tak boleh menunggu lebih lama kerana tahun ini tahun sangat penting JDT untuk juara Liga Super dan layak ke ACL musim depan.

Pintu perpindahan pemain akan ditutup 5 hari lagi. Kita telah habiskan banyak wang untuk pemain-pemain ini.Saya mengakui telah buat silap kali ini. Kerana kali ini saya sebelum ini telah mendengar nasihat dari info yang salah. Tetapi saya perlu akui dugaan pasukan JDT 2018 ini amat banyak.

Tidak ada dalam dunia bolasepak yang baru tandatangan pemain 3 perlawanan dan pemain itu perlu diganti dengan begitu awal. Kita terpaksa lakukan ini semua demi suara penyokong.

Situasi kehadiran penyokong sekarang?

Penyokong kena faham bahawa suara penyokong adalah nadi kekuatan pemain di padang.Buat masa ini sekarang adalah masa kritikal pasukan untuk menjadi juara Liga Super.Walaupun buat masa ini mata pasukan 6 mata dari pasukan di bawah, kita tak boleh ambil mudah.

Penyokong perlu terus hadir baki perlawanan ini untuk beri kekuatan kepada pemain.Kejayaan pasukan JDT adalah PERPADUAN antara kita. Kita realistik dan boleh berbincang sesama kita.

Status Safiq Rahim, Fazly Mazlan, Yol, Shakir Sahaari dan Gary?

Di JDT tidak ada status pemain bintang. Setiap pemain perlu tunjukkan semangat dahagakan kejayaan dalam padang latihan, ikut taktikal jurulatih dan perlu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Fazly Mazlan diletakkan di JDTII untuk mendapatkan kembali kualiti permainan beliau seperti dahulu. Kita sedang membantu beliau kerana beliau pernah membantu kita sebelum ini.

Shakir Saari diletakkan di JDTII untuk bantu dan beri contoh kepada pemain-pemain muda JDT. Beliau akan dihantar untuk jalani kursus jurulatih untuk menjadi jurulatih pemain akademi JDT di masa akan datang. Uniknya Kelab JDT kita menyediakan plan jangka masa panjang kepada semua pemain yang pernah berbakti kepada kita.

Yol perlu merebut kembali peluang dalam kesebelasan utama kerana posisi beliau ramai lagi calon-calon yang lebih baik seperti Natxo, Afiq, Hariss & Gary. Oleh itu beliau diletakkan di JDTII buat masa ini.

Gary adalah pemain yang mempunyai attitude yang bagus. Tetapi beliau mempunyai masalah kesihatan dan JDT akan menghantar beliau untuk jalani pembedahan tidak lama lagi. Semua pemain-pemain JDT perlu merebut kembali tempat mereka dalam kesebelasan utama kerana mereka tahu ada bonus bila mereka ada dalam kesebelasan utama.

Buat masa ini belum ada pemain yang mempunyai komitmen terbaik seperti Luciano Figueroa.

Status Benjamin Mora

Benjamin Mora adalah jurulatih yang bagus dari segi pengetahuan taktikal dan dedikasi. Tetapi beliau perlu tingkatkan skill “One on One” terhadap pemain.Buat masa ini JDTII turut dalam proses mendapatkan pemain-pemain import baru. JDTII perlu kekal dalam Liga Perdana untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada hak penyiaran.

Ego?

Sesiapa jua yang mahu bekerja dan bermain di JDT perlu buang perasaan ego.Polisi di JDT adalah ‘no one is bigger than a club”Sesiapa jua yang mahu bermain dan bekerja di JDT perlu tahan dengan tekanan setanding dengan bayaran yang diterima.Di dalam bolasepak tempat yang paling mustahak adalah ‘Bilik Persalinan’.

TMJ perlu memikirkan semua masalah ini walaupun beban dan tanggungjawab TMJ bukan hanya di bolasepak tetapi tugas sebagai Tunku Mahkota Johor. Tetapi demi amanah dan penyokong Johor, TMJ akan lakukan yang terbaik.

Status Stadium Sultan Ibrahim Larkin

“Corporate Box” kita untuk stadium baharu nanti telah pun sold out. Setiap box berharga RM500,000.00. Stadium baru ini adalah satu destinasi pelancong terbaharu kepada semua rfakyat di mana setiap keluarga boleh bersiar-siar di sana. Dalam masa terdekat ini pihak JDT akan bermesyuarat bersama penyokong untuk dapatkan ‘feedback’ isu-isu yang bakal berbangkit dan penambahbaikan kepada stadium baru seperti sistem tiket dan pengangkutan awam.

Status Kiko Insa

Beliau di sini adalah untuk menemani abangnya Natxo Insa disamping menjalani latihan bersama JDT.Tempat beliau tetap tidak terjamin kerana kualiti pemain-pemain kita dalam situasi terbaik sekarang.

Status pemain-pemain muda JDT

Kita ada Safawi, Dominic, Adam, Syameer dan ramai yang terbaik sekarang.Setiap pemain kita mempunyai klausa perpindahan pemain yang bernilai jutaan ringgit.Bolasepak adalah ‘bisnes”

Sumber: pageharimauselatan.com

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: