Jadual Januari 2018 Jdt

Jadual JDT Bagi Januari 2018

Kami dapat rasakan penyokong sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita beraksi. Bulan Januari ini bermula perlawanan dan juga aktiviti yang telah diatur oleh pihak pengurusan JDT. Kami juga berharap kita dapat meraikan dan juga turut serta dalam aktiviti tersebut:

10 Januari 2018 – Rabu

Perlawanan persahabatan pra-musim menentang Army United di Bangkok. Army United berada di kedudukan ke-9 Liga 2 Thailand musim 2017. Waktu sepak mula belum lagi dikemaskini.

[AdSense-B]

12 Januari 2018 – Jumaat

Pelancaran jersi baru JDT untuk musim 2018 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor. Para penyokong dijemput untuk hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran jersi ini yang bakal diadakan dengan penuh gemilang bermula jam 8.00 malam. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

13 Januari 2018 – Sabtu

Perlawanan persahabatan pra-musim menentang Chonburi FC di Bangkok.  Chonburi berada di kedudukan ke-7 Liga 1 Thailand musim 2017. Waktu sepak mula belum lagi dikemaskini.

15 Januari 2018 – Isnin

Perlawanan persahabatan pra-musim menentang Port FC di Bangkok. Port FC berada di kedudukan ke-9 Liga 1 Thailand musim 2017. Waktu sepak mula belum lagi dikemaskini.

[AdSense-B]

23 Januari 2018 – Selasa

Perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala ACL 2018 menentang Muangthong FC di Stadium SCG, Nonthaburi, Thailand. Waktu sepak mula belum lagi dikemaskini.

30 Januari 2018 – Selasa

Jika JDT menang keatas Muangthong United, JDT akan menghadapi Kashiwa Reysol untuk kelayakan pusingan ketiga piala ACL 2018. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Hitashi Kashiwa Soccer, Jepun. Jika menang, JDT akan beraksi dalam peringkat kumpulan Piala AFC 2018.

Baca juga: VIDEO: Ucapan Selamat Tahun Baru 2018 Dari JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: