Jangan Biarkan Emosi Jadi Tuan, Abby Abadi Kongsi Rahsia Baik Dengan Bekas Suami
Segelintir netizen bertanyakan mengenai kebahagiaan rumah tangga Abby Abadi dan hubungan dengan bekas suami, Norman Hakim. Pelakon Gerak Khas ini kongsi tips bermakna buat anda yang pernah melalui fasa penceraian.
Macam mana boleh berbaik dengan Norman Dan Memey?
Saya simpati.. pada mereka yang pernah melalui ‘penceraian’ terutama sang isteri yang terpaksa hidup dengan anak2 yang masih kecil. Cumanya.. Walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun Saya percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita .
Dan topik ni sangat berkait rapat dengan Saya kan. Saya tulis ni sebab Ramai sangat yang bertanya pada Saya, macam mana buleh ‘baik sangat’ dengan Oman dan Memey. Macamana buleh lupakan apa yang terjadi. Macamana itu, mcmana ini.. Saya jawab: Kehendak ALLAH.
Cumanya inginlah Saya berkongsi pengalaman, berpesan-pesan dan mengingatkan: Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dgn emosi. Sikit2 sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Mcm-mcm dihasutnya kita. Jadi yang sebaik2nya, MOVE ON!
Yang berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru.
Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yg sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yg lebih indah nanti.
Dah selesai episod sedih, jiwa bergelora dan sbgnya.. usahalah utk jalinkan hubungan baik dgn bekas pasangan kita, demi anak2. Merendah diri. Tak rugi apapun. Paling utama, jangan burukkan pasangan baru nya. Cukup ALLAH sbg penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya & sebagainya. Syaitan mmg seronok kalau kita bergaduh sampai bermasam muka. Kalau sampai berparang2, lagi dia suka. Jadi kawal.. jangan kalah dgn dia.
Paling hebat, utk perbaiki segalanya.. wajib kenal ALLAH… dan bawalah ISLAM bersama . InshaALLAH, bila kenal ALLAH, segan dah kita nak meraih simpati orang dan tak kan kita merasa kita je “sempurna”.
Jangan mencari kesempurnaan
Inilah KEHIDUPAN. Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.
Bila tak dapat memberi, jangan mengambil. Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci.
Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih. Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi. Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji. Bila tak dapat menghargai, jangan menghina.
JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita. Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal. INGATLAH, Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti. Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika.
Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka. Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab. Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah.