Melancong Ke Lombok 1

Inilah 5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

Dalam anda bergembira merancang percutian ke Indonesia, anda harus mengetahui perkara-perkara yang tidak patut anda lakukan disana demi keselamatan dan perjalanan berjalan lancar dan sememangnya Indonesia adalah antara negara yang menjadi tarikan pelancong kerana pelbagai destinasi yang menarik di sana.

Ini adalah perkara-perkara jangan lakukan, yang anda perlu ambil perhatian.

1. Jangan bergurau tentang bangsa, agama dan etnik

Sedia maklum, rakyat Indonesia terdiri dari berbilang bangsa, budaya dan kepercayaan. Jika anda melancong ke negara tersebut, anda haruslah menghormati kepelbagaian mereka dan tidak menghina bangsa atau agama kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan. Isu berkaitan bangsa dan kepercayaan sesuatu yang sensitif dan tidak harus dipandang rendah.

2. Jangan minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad di tempat awam

Buat pengetahuan semua, adalah tidak digalakkan untuk minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad yang sering dikaitkan dengan perjudian di tempat awam.

Ini kerana undang-undang di Indonesia masih dipengaruhi oleh prinsip-prinsip Islam. Tapi jika anda bercuti ke Bali, anda dibenarkan melakukan perkara ini.

3. Jangan menyeludup dadah

Dadah adalah perkara serius dan bagi mereka yang tertangkap kerana memiliki dan mengedar dadah, anda boleh dihukum sehingga mati dan ini juga berlaku kepada pelancong antarabangsa.

4. Jangan terlalu bergantung pada kad kredit

Jika anda seorang yang tidak suka membawa wang tunai, ianya akan menjadi satu masalah. Ini kerana jika anda datang melawat ke tempat-tempat yang penuh kebudayaan, tempat yang penuh dengan alam semula jadi, anda memerlukan wang tunai untuk membayar.

Selalunya tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong, untuk bergambar pun perlu bayar, jadi jika anda tiada aliran tunai, mungkin anda akan terlepas peluang bergambar.

5. Elakkan hitchhike

Ketika berada di Indonesia, anda haruslah berhati-hati ketika seseorang menawarkan anda pertolongan ketika dalam perjalanan kerana mungkin mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

Meskipun hitchiking dianggap cool di dalam filem, adalah lebih baik untuk mengelakkannya kerana anda mungkin tidak bernasib baik. Terdapat beberapa kes dimana pelancong telah dibawa ke tempat lebih jauh dan diugut untuk membayar wang untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Sekiranya anda bakal ke Indonesia, diharap anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara ini.

Semoga memberi manfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: