Jangan Rasa Pelik, Rupanya Ini 5 Perkara Anak Lelaki Suka Lakukan Bersama Si Ayah
Kebiasaannya, anak lelaki bila bersama ayahnya kadang-kala timbul rasa janggal, entah kenapa berbeza situasi itu apabila bersama si emak. Namun, jika diusahakan oleh ayah pasti kejanggalan itu dapat ditangani dan sekaligus mengisi kekosongan emosi anak bersama ayah.
Anak lelaki mana yang tidak mahu mesra dengan darah daging sendiri, betul tak? Justeru itu, mari ikuti 5 perkara yang sebenarnya anak lelaki suka lakukan bersama ayah yang boleh dipraktikkan dari perkongsian Doktor Redza Zainol di bawah.
JOM LAKUKAN PERKARA INI BERSAMA ANAK, BELUM TERLAMBAT!
Gambar hiasan: Freepik.
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
5 PERKARA ANAK LELAKI SUKA LAKUKAN BERSAMA AYAH
Gambar hiasan: Pinterest.
1. AKTIVITI FIZIKAL BERSAMA AYAH
Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayah:
Bermain lawan-lawan.
Memeluk ayah.
2. SUKA MENDENGAR KISAH HIDUP AYAH
Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil dan remaja dulu. Pada setiap cerita itu, pasti ada ilmu yang mereka dapat kutip.
3. SUKA BILA DIAJAR PELBAGAI ILMU
Gambar hiasan: BlogNeura.edu.au.
Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja:
Membaiki sesuatu.
Ajarkan subjek matematik.
Ajar cara menyepak bola.
Ajar main badminton dan kayuh basikal.
4. SUKA BERTEMU DENGAN KENALAN AYAH
Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
5. SUKA IKUT AYAH KELUAR MENGEMBARA
Suka ikut ayahnya keluar rumah. Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
JIKA AYAH LAKUKAN 5 AMALAM INI, IBARAT SEDANG MENABUNG TANGKI EMOSI ANAK
Gambar hiasan: Freepik.
5 perkara ini jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak. Kita lelaki sibuk tak kira masa. Sungguh, saya pun begitu.
Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.
Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Maafkan segala kekurangan ayahmu ini.
Sumber: Facebook Redza Zainol