1

Jarak Anak Terlalu Dekat Boleh Buat Isteri Jadi Stress, Suami Tolonglah Faham

Anak adalah rezeki untuk setiap pasangan berkahwin. Mempunyai anak ramai menghiburkan hati dan rumah sudah tentunya meriah dengan telatah mereka. Gelagat setiap anak tatkala mengusik jiwa namun kadang kala mencuit emosi kerana marah yang menguasai diri.

Tipulah kalau ibu bapa kadangkala tidak dapat mengawal marah. Bilangan anak yang ramai dengan jarak setiap anak yang terlalu dekat, kalau sekali bergaduh, fuhh pasti letih ibu bapa untuk berhadapan dengan situasi itu.

Perkongsian oleh Asilah Azhari melalui laman sosial facebook ini ada wajarnya. Mempunyai anak ramai dengan jarak dekat sememangnya menguji emosi setiap pasangan terutamanya isteri. Ibu akan menjadi stress kerana kepenatan menguruskan anak-anak, di situlah si suami memainkan peranan penting dalam menjaga emosi isteri mereka.

Nampak remeh, namun boleh membawa kepada penceraian akibat daripada ”poor spacing” ditambah sikap suami yang lepas tangan. Realiti sebenar yang terjadi.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk setiap pasangan di luar sana. Family planning penting, tapi kalau tidak merancang sekalipun, dikurniakan anak yang ramai tidak menjadi masalah. Cumanya suami isteri masing-masing perlu bertanggungjwab, bukan harapkan isteri seorang saja untuk uruskan semuanya.

Last time masa checkup Doc tanya “Asilah lepas ni apa plan awak untuk family planning? Nak go for depo atau implano?”

Dalam hati ni duk kira² habis kuat depo la. Sebab takut nak kena hiris kat tangan. Injection pun penakut lagi nak masuk ikut tangan.

Doc kata ok je. Kita cuba. Sebab tak semua serasi dengan satu method. Sebab saya tengok rekod awak ni tak cantik. 3 pregnancy with poor spacing & 1 miscarriage. Saya bukan nak kata apa tapi sepanjang saya bekerja saya dah jumpa 10 kes penceraian disebabkan poor spacing. Jarak anak terlalu dekat dan akhirnya ibu stress kepenatan urus anak² ditambah pula sikap pasangan yang tak membantu.

Saya angguk tanda faham. Saya kata nanti saya bagi keputusan antara dua.

Betul sebenarnya. Jaga anak ni memang menguji emosi. Lebih² lagi anak rapat. Kurang tidur, kurang masa sendiri dan lebih menakutkan kita mula jadi marah², mula angkat tangan. Bergaduh dengan pasangan. Dan akhirnya anak² jugak yang terkesan.

Suami saya setiap hari dia akan pastikan dia sediakan sarapan dan makan yang cukup untuk sampai ke tengahari. Jadi saya ada masa berehat dan bertenang untuk uruskan anak² dan rumah. Dengan harapan isteri dia tak bertukar jadi raksaksa dan hilang kewarasan. Tapi itu pun kalau anak² luar kawalan tetap ibu dia bertukar. Balik je kerja dia akan takeover kerja dirumah. Tak dapat saya bayangkan kalau dapat pasangan yang lepas tangan.

Kalau kat luar orang tegur anak saya mudah dengar kata dan tak susah dikawal ketahui la semua tu jasa dan ehsan suami. Sebab dia menjaga emosi saya dengan baik. Jadi kesabaran saya yang lebih nipis dari kulit bawang ni sedikit terkawal dan dapat menjaga emosi anak² jugak.

Point saya kat sini sebenarnya ada dua. Satu, tak ada salahnya kalau doc nasihatkan kita untuk rancang keluarga. Semua ada kebaikkannya. Jangan la cakap doc ni menyibuk nak tentukan rezeki Allah. Kalau kita tak jaga kebajikan anak dengan baik dan berikan didikkan yang terbaik pun tak patut jugak namanya.

Kedua, suami rajin² la bantu isteri dan tolak ansur. Itu pasangan dan ibu kepada anak² awak jugak. Nanti kalau dia penat, marah² yang hilang mood awak jugak. Kang mula la kata isteri ni kuat bebel. Mata mula nampak isteri ni dah serba serbi kurang. Padahal awak tak membantu. Isteri nak mandi, melawa, mencekik pun tak sempat sebab nak gendeng anak. Sama² sedap sama² la bertanggungjawab.

“Majulah para suami untuk kewarasan sang isteri”

Sekian.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: