Morais Vs Muangthong United

JDT Bersemangat Benam Muangthong – Morais

Pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menentang Muangthong United FC pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam esok dianggap pertembungan buku dengan ruas.

Ini kerana JDT pasti mahu menebus kehampaan dua musim lalu selepas Muangthong United FC menoktahkan kemaraan skuad Harimau Selatan apabila menang 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada aksi sebenar dan tambahan masa.

[AdSense-B]

Apapun pengendali JDT, Ulisses Morais enggan barisan pemainnya terlalu tertekan apabila berdepan skuad kendalian Totchtawan Sripan, sebaliknya harus sentiasa fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah yang memungkinkan pasukan lawan ambil kesempatan.

“Kami membuat persiapan begitu rapi untuk berdepan Muangthong United dan juga mengumpul maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan itu malah tidak dinafikan mereka memiliki kualiti disamping kelebihan pasukan itu beraksi di tempat sendiri.

jdt vs muangthong united

“Ia bakal perlawanan sukar buat JDT tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku kerana saya lihat pemain JDT tampak begitu bersemangat sepanjang latihan terakhir sebelum ke Bangkok dan sikap positif itu jelas beri keyakinan kepada mereka bagi mengharungi perlawanan pusingan kedua kelayakan ACL.

“Persediaan kami untuk perlawanan itu berjalan lancar tanpa sebarang pemain mengalami kecederaan manakala penjaga gol, Haziq Nadzli juga sudah bersama kami selepas mengambil penerbangan dari China ke Bangkok, semalam,” katanya.

[AdSense-B]

Morais juga menegaskan betapa corak permainan barisan pemain Muangthong United tampak gemar mengamalkan gerakan pantas dan mereka tahu untuk bertindak dengan gerakan di posisi sayap kiri dan kanan selepas mengkaji rakaman video aksi pasukan itu.

Beliau juga mengesahkan pemain kacukan Malaysia-Barbados, LeVere Corbing-Ong tidak bersama skuad itu selepas tidak dapat didaftarkan akibat masalah teknikal namun sudah ada pengganti yang mampu menggalas tugas di posisi bek kiri.

JDT vs Melaka United safawi rashid

“Kami juga tidak membawa beberapa pemain seperti Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Nor Adam Azlin selepas mereka baru sahaja beraksi pada saingan kejohanan Asia Bawah 23 tahun (B-23).

“Muangthong United FC tidak memenangi kejuaraan liga musim lalu tetapi kami menang Liga Super dan ia akan beri motivasi kepada pemain supaya turun dengan lebih mantap dan berusaha mengawal perlawanan bagi mencari kemenangan,” kata Morais.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Safiq Rahim Yakin JDT Lebih Bersedia Menghadapi Kelayakan Piala ACL 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: