Jdt Cari

JDT Cari Formula Atasi Muangthong di Thailand

Bukan kemenangan yang perlu dikejar tatkala beraksi pada perlawanan persahabatan pra-musim di Bangkok, Thailand sebaliknya Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak memberi fokus untuk membentuk persefahaman yang jitu dalam skuad itu.

Pemain pertahanan skuad Harimau Selatan, Aidil Zafuan Abd Radzak menegaskan kejituan taktikal juga bakal membentuk persefahaman yang mantap bagi persediaan mental dan fizikal setiap pemain.

[AdSense-B]

Katanya, aksi persahabatan menentang kelab-kelab di Thailand mampu memberi ruang memperbaiki apa jua kelemahan sepanjang tiga perlawanan yang diatur di negara Gajah Putih.

“Kami akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab hebat di Thailand sepanjang kempen pra-musim dan ia amat sesuai untuk mempertingkatkan lagi persefahaman antara pemain.

“JDT menggabungkan barisan pemain baharu dan muda selain kelibat pemain yang sedia ada, dan ini masa yang sesuai untuk memperkemas dan mempertajamkan lagi taktikal yang dibentuk ketua jurulatih, Ulisses Morais.

“Pengalaman menjalani latihan di Thailand pada musim lalu sebelum aksi Liga M bermula ternyata berkesan dan ia cukup positif. Keputusan untuk kembali ke negara itu pada musim ini pasti meningkatkan lagi kualiti permainan kami dalam membentuk skuad mantap,” katanya.

[AdSense-B]

Jam 6 petang ini, skuad kendalian Morais akan berdepan Army United FC disusuli pertembungan menentang Chonburi FC, Sabtu ini dan aksi terakhir menentang Port FC pada Isnin.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan mengadakan tiga aksi persahabatan di Johor Bahru sebelum ke Bangkok,dan meraih keputusan positif dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 5-0 diikuti kemenangan 2-0 ke atas Terengganu FC II (TFC II).

Skuad Harimau Selatan juga mengadakan aksi persahabatan menentang kelab Liga 1 Indonesia, Mitra Kulkar dan berjaya menewaskan pasukan yang dibimbing Rafael Berges 4-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, baru-baru ini.

Semestinya, aksi pra-musim di Thailand bakal memberi ruang buat Morais mengenal pasti kesebelasan utama sebelum mengharungi kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Muangthong United FC pada 23 Januari ini.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: VIDEO: Azam Tahun Baru 2018 Dari TMJ, Nazmi Faiz Dan Hazwan Bakri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: