Haziq Berlatih

JDT Hanya Mempunyai Satu Penjaga Gol Untuk 4 Perlawanan Berikutnya

Seperti yang dimaklumkan oleh media tempatan, Haziq Nadzli akan melaporkan diri ke kem B-22 Malaysia pada hari ini bersama dengan Safawi Rashid dan Syazwan Andik. Skuad B-22 Malaysia dijadualkan menentang skuad B-22 Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 14 Julai.

Haziq, Safawi dan Syazwan akan meninggalkan JDT dan JDTII mulai hari ini sehingga tamat Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang mana perlawanan terakhir kumpulan pada 23 Julai ini. Skuad B-22 Malaysia pula akan berlepas ke Bangkok pada 17 Julai setelah coach Ong Kim Swee memuktamatkan 23 pemain.

Dengan pemergian Haziq, JDT hanya mempunyai seorang penjaga gol dalam tempoh tersebut iaitu Izham Tarmizi. Farizal pula digantung selama setahun oleh AFC. Adakah Izham akan mengharungi 4 perlawanan tanpa penjaga gol simpanan dalam masa 12 hari?

Berikut adalah perlawanan yang akan dihadapi tanpa kehadiran Haziq Nadzli:

11/07/2017 – Selasa – Pahang vs JDT – Liga Super Matchday #15

15/07/2017 – Sabtu – JDT vs Sarawak – Liga Super Matchday #16

18/07/2017 – Selasa – Selangor vs JDT – Piala Malaysia Matchday #3

22/07/2017 – Sabtu – T-Team vs JDT – Liga Super Matchday #17

[AdSense-B]

JDT berdepan risiko jika hanya mempunyai seorang penjaga gol dalam tempoh tersebut. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti kecederaan, sakit, kad merah dah sebagainya. JDT perlu menamakan penjaga gol gantian dengan segera. Namum, JDT mempunyai 2 cara untuk mengatasi risiko ini.

malaysia b22 haziq

Cara pertama adalah JDT boleh mengunakan perjanjian ‘feeder club’ untuk menaikkan penjaga gol dari JDTII. Namun, penjaga gol JDTII ini tidak ditukarkan dengan Haziq. Ini kerana ia akan merugikan slot ‘feeder club’ kerana membuat 2 pertukaran bagi pemain yang sama.

Cara kedua adalah dengan JDT tidak membenarkan Haziq menyertai skuad B-22 Malaysia. Malah Setiausaha FAM sendiri mengatakan FAM tidak mempunyai kuasa untuk menghukum pasukan yang tidak melepaskan pemain mereka.

[AdSense-B]

Jadi, mana satukan pilihan JDT? Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukan oleh Haziq tempoh hari, adakah JDT memilih cara yang kedua?

Baca: Persembahan Kesebelasan Utama Ketika Menentang Terengganu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: