Majlis 1

JDT Ke Bangkok Buat Persiapan Musim 2018

Juara Liga Super empat musim berturut-turut dan Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memperkemaskan skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan dengan mengadakan latihan pra-musim di Bangkok, Thailand.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan skuad Harimau Selatan akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di Bangkok dan ia adalah musim kedua skuad itu berlatih di Negara Gajah Putih itu.

[AdSense-B]

“Kami akan menjalani latihan pra-musim di Bangkok, Thailand kerana di sana kami tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dan semua ini hasil daripada kerjasama rapat dengan beberapa kelab di sana.

“Itu cara terbaik untuk menjaga perbelanjaan dan ia juga tidak membabitkan kos yang tinggi dan tidaklah banyak sangat modal keluar dan aksi persahabatan membabitkan kelab-kelab yang berpusat di Bangkok,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai permintaan Melaka United (MU) yang mengidamkan khidmat penjaring terbanyak Liga M, Mohamad Ghaddar, Tunku Ismail menjelaskan tidak berdepan masalah untuk melepaskan pemain kelahiran Lubnan itu.

[AdSense-B]

Malah Tunku Ismail juga menyatakan persiapan skuad JDT pada musim depan sudah dirancang sejak enam bulan lalu namun enggan mendedahkan pemain mana yang bakal dibawa masuk atau tidak bersama JDT lagi.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Fadhli Shas Menjadi Kapten Harimau Malaya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: