Bagaimana Jus Tembikai Mampu Menjauhkan Dari Masalah Kolesterol, Jantung, Kanser Dan Sembelit?
Anda suka minum jus tembikai? Pengambilan jus tembikai pada waktu pagi semasa perut dalam keadaan kosong terbukti membantu mendorong keluar racun dalam pundi kencing. Walau bagaimanapun, khasiat yang lebih baik dapat anda perolehi jika anda masukkan secubit serbuk lada hitam serta garam pada jus tembikai.
Gabungan dari ketiga bahan itu membuatkan minuman kaya kalsium, magnesium, kalium, tembaga, seng, serta besi. Berikut adalah manfaat dari jus tembikai jika di tambah dengan lada hitam:
1. Mengurangkan Berat Badan
Salah satu jus yang membantu menurunkan berat badan ialah jus tembikai. Menambah secubit serbuk lada hitam akan membantu menurunkan kalori lebih cepat.
2. Mengawal Kolesterol
Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, pengambilan jus tembikai dengan tambahan lada hitam akan membantu badan meningkatkan kandungan cholesterol baik (HDL).
3. Menghindari Kanser
Tembikai mengandung antioksida yang dipanggil likopen. Antioksida ini bakal menolong menghancurkan beberapa sel kanser dalam kelenjar prostat.
4. Mengelak Serangan Jantung
Tembikai mempunyai kandungan asid folik yang cukup untuk badan. Asid folik membantu melancarkan pengaliran darah ke jantung hingga mengelak berlakunya masalah pada jantung.
5. Kurangkan Lebihan Cecair Dalam Badan
Tembikai merupakan salah satu diantara buah-buahan yang berbentuk diuretik yang menolong menyingkirkan cecair berlebihan pada badan. Jus ini begitu baik untuk wanita pada masa haid.
6. Mengatasi sembelit
Sembelit seringkali menyeksakan usus kita. Namun, gabungan jus tembikai serta serbuk lada hitam boleh membantu melancarkan pencernaan.
Selain manfaat diatas, antioksida dalam jus tembikai boleh kurangkan pengumpulan racun dalam badan. Keadaan ini boleh kurangkan risiko diserang asma.