Dibuang Kerja

Kalau Dibuang Kerja, Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan

Habis masa 60 hari tamat sudah peluang untuk kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Terkubur peluang untuk dapat pampasan 24 bulan gaji terakhir. Selamat duit syarikat.

Kalau anda adalah syarikat dan nak buat ‘Voluntary Separation Scheme’ (VSS)/ ‘Mutual Separation Scheme’ (MSS) jangan terus bagi pampasan. Bagi sedikit dahulu. Selepas 60 hari barulah serahkan duit pampasan.

Jangan stres, bertindaklah dengan bijak.

PANDUAN JIKA ANDA DIBUANG KERJA

1. BERTENANG

  • Itu bukan pengakhiran kepada hidup anda.

2. LIHAT TARIKH BERKUATKUASA SURAT PENAMATAN KERJA

  • Adakah ditamatkan 24 jam atau ada dengan notis selama sebulan?

3. BUAT LAPORAN

  • Jika ditamatkan 24 jam pada keesokan hari boleh buat laporan pembuangan kerja di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Jika ditamatkan dengan notis selama sebulan maka perlu kerja dahulu selama sebulan. Habis tempoh sebulan baru buat laporan di JPP.

4. MAKLUMKAN ANDA INGIN KEMBALI BEKERJA

  • Semasa buat laporan di JPP bawa bersama surat penamatan kerja kerana pihak JPP akan memeriksa sama ada laporan di buat dalam tempoh 60 hari atau tidak? Semasa di JPP maklumkan bahawa anda ingin kembali bekerja dengan pihak syarikat. Jangan terus cakap anda ingin dapatkan pampasan. Pihak JPP tidak akan melayan laporan anda.

5. MESYUARAT RUNDING DAMAI DIATURKAN

  • Pihak JPP selanjutnya akan aturkan satu mesyuarat runding damai dengan bekas majikan anda. Selesaikan secara damai selagi boleh.

6. CAPAI PERSETUJUAN

  • Semasa meyuarat runding damai bekas majikan akan memaklumkan sama ada mereka bersetuju untuk ambil anda bekerja semula atau tidak. Jika tidak bersetuju selanjutnya mereka akan maklumkan sama ada bersetuju untuk membayar wang penyelesaian kepada anda.

7. JIKA TIADA PERSETUJUAN?

  • Jika semasa mesyuarat runding damai tidak dapat capai persetujuan. Pihak JPP akan hantar laporan anda kepada Menteri Sumber Manusia. Suarakan hak anda sebagai pekerja

8. DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENJADI KES MAHKAMAH

  • Menteri Sumber Manusia akan menilai laporan anda dan menimbangkan sama ada untuk merujuk kes pembuangan kerja anda ke Mahkamah Perusahaan.

9. PEMBUKTIAN

  • Jika kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan majikan perlu buktikan mempunyai sebab yang munasabah untuk menamatkan perkhidmatan anda.

10. TERIMA PAMPASAN

  • Jika syarikat gagal untuk buktikan ada sebab yang munasabah untuk menamatkan perkhidmatan anda maka Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak Syarikat untuk membayar 24 bulan gaji ke belakang ditambah dengan jumlah 1 bulan bagi 1 tahun perkhidmatan (contohnya kalau sudah kerja 20 tahun bersamaan dengan 20 bulan). Jumlah yang perlu dibayar akan jadi 44 bulan.

KETAHUI HAK ANDA

  • Sebagai pekerja atau majikan, tentu anda mempunyai alasan masing-masing dalam hal ini. Jadi, selesaikanlah hal ini dengan bijak tanpa merugikan mana-mana pihak. Bertindaklah segera supaya kes anda dapat dibicarakan selayaknya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: