Rekod Bersih Larkin

Kami Mahu Kekalkan Rekod Bersih Di Larkin Dalam Saingan Liga Super

AKSI Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini tetap penting buat pengendali Ulisses Morais bagi memastikan perlawanan terakhir di laman sendiri itu kekal dengan rekod bersih.

Malah katanya, kemenangan juga menjadi misi utama skuad Harimau Selatan yang menjulang kejuaraan liga buat musim keempat berturut-turut dan semestinya beliau enggan rekod itu tercalar dengan keputusan seri atau tewas.

[AdSense-B]

Baki dua lagi aksi Johor DT akan berlangsung di tempat lawan menentang FELDA United dan Kedah.

“Walaupun sudah bergelar juara, saya mahu pemain tidak terlalu awal berpesta. Sebaliknya ada perlawanan yang perlu diharungi dan kemenangan yang harus diraih.

“Belum pasti sama ada saya akan turunkan pemain simpanan kerana ada banyak pilihan untuk kesebelasan utama.

“Jadi, tidak timbul barisan kedua atau pertama, yang penting mengekalkan momentum kemenangan. Saya sendiri enggan tewas kerana perlawanan itu penting buat kami,” katanya.

[AdSense-B]

Selepas penyampaian kejuaraan liga sebaik perlawanan membabitkan Johor DT dan Kelantan, skuad kendalian Morais akan berarak menggunakan bas khas ke Dataran Bandaraya dengan sambutan besar-besaran akan diadakan.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Previu Liga Super 2017: JDT vs Kelantan, JDT Mahu Kemenangan Bagi Memeriahkan Pesta Menjulang Piala

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: