1

Kehilangan Pasangan Hidup Tiba-tiba, Ini Yang Bakal Berlaku Dan Kita Patut Tahu

Kita tak akan pernah tahu bila waktu diuji kehilangan pasangan dan apa yang akan berlaku jika si dia pergi secara tiba-tiba. Tetapi apa yang penting, suami atau isteri kena ambil tahu perkongsian tentang uruskan harta dan segala hutang oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris jika Allah ambil orang yang kita sayang dalam sekelip mata.

Jemput hadam.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasangan Dalam Hidupnya

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan…

  • Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
  • Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
  • 3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
  • Buat salinan ic pasangan, sijil kema*tian, surat permit pengkebu*mian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
  • Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang mening*gal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”

Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

  1. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kema*tian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
  2. Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.

*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.

Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.

*Money is not everything, but everything needs money*

Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat ma*ut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca. Allahualam.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: