Ahmad Shahrul Azhar 250717

Kekang serangan JDT untuk bawa pulang mata

Pengurus Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, menegaskan kehadiran The Bos Gaurus di Johor Bharu bukan sekadar menerima kelebihan Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku tuan rumah di atas kertas.

Sehubungan itu, Ahmad Shahrul menuntut anak buahnya agar mencuri mata di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam esok.

Dalam pertembungan tumpuan itu nanti, bagi Ahmad Shahrul ia sudah tentu membabitkan kelainan ketika bertandang di tempat lawan.

[AdSense-B]

Apatah lagi Perak kini sedang meniti kemuncak prestasi apabila hanya tewas sekali dalam tujuh aksi sejak tempoh rehat Hari Raya.

“Kami akan cuba beraksi sebaik mungkin walaupun menyedari bukan senang untuk menghadapi JDT di halaman mereka sendiri.

“Biarpun kami pernah mengalahkan mereka dalam pusingan awal di Ipoh, tetapi itu tidak boleh menjadi kayu pengukur kepada kekuatan JDT, iaitu corak serangan.

[AdSense-B]

“Pastinya barisan pertahanan dan pemain-pemain Perak tidak boleh leka sedikit pun.

“Kalau dapat mencuri satu mata pun, itu sudah cukup baik.

“Kalau menang, itu merupakan bonus untuk kami,” katanya.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Morais jangka cabaran sengit

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: