Keluar Masuk kereta Ketika Isi Minyak Salah Satu Punca Kebakaran Di Stesen Minyak
Korang kalau masuk ke stesen minyak mesti akan perasaan kan simbol-simbol amaran yang ada dekat pam minyak kan? Simbol yang biasa kita tengok adalah larangan untuk menggunakan telefon bimbit atau pun menghisap rokok ketika berada di kawasan stesen minyak.
Amaran-amaran ini dibuat dengan alasan ia boleh memulakan kebakaran. Yelah korang mesti tak nak apa-apa terjadikan masa korang isi minyak. Tambah-tambah kalau anda terperangkap dalam kebakaran.
Tapi korang pernah dengar tak kebakaran yang berpunca daripada aliran elektrik statik, contohnya dari badan anda sendiri? Ketika anda bergerak, wujud pergeseran dan ia akan menyebabkan wujudnya caj elektrik statik dalam tubuh badan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahaya elektrik statik ini, jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh sebuah page, Penang Kini Press di bawah.
Elektrik Statik Di Stesen Minyak
1. Dari 150 kes, yang lebih banyak terjadi adalah wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.
2. Sebahagian besar kes terjadi adalah orang yang tengah mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam, percikan api akan bermula, itu adalah di sebabkan dari akibat elektrik statik.
3. Majoriti berlaku kepada mereka yang terkena adalah yang memakai kasut bertapak getah dan memakai pakaian dari serat sintetik.
4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.
5. Wap yang berasal dari petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.
6. Dari 29 kes dianalisis ianya terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang berlainan jenama dan model.
7. Cas elektrik statik mungkin berlaku ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pekaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk dari kenderaan. Untuk mengelakkannya adalah disarankan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai mengisi minyak.
8. Apabila petrol tumpah atau terpercik ke atas lantai pembersihan haruslah di lakukan dengan segera, kerana wap yang terhasil adalah sangat mudah terbakar yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, remote kawalan, dan lain-lain) atau dengan geseran kunci kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin, petrol tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesen minyak.
TIPS KETIKA MENGISI MINYAK
- Berhentikan kenderaan, tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampu.
- JANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.
- SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan menutup pintu kereta selepas keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik.
- Setelah menutup pintu sentuh BAHAGIAN DARI LOGAM sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
Di bawah adalah video simulasi bagaimana elektrik statik boleh menyebabkan kebakaran ketika mengisi minyak