Keluarga Pencetus Semangat Gonzalo Cabrera
Penjaring gol kedua Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera menyifatkan kejayaan menewaskan Kedah di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi sebagai antara detik paling istimewa sepanjang kariernya.
Bukan sekadar membantu JDT muncul juara, malah satu gol yang dihasilkan pada minit ke-63 begitu bermakna, kerana ia dijaringkan di depan mata keluarganya sendiri yang hadir ke Malaysia bagi menyaksikan aksinya.
[AdSense-B]Pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina itu menegaskan tiada apa lagi yang boleh diungkap selain laungan kepuasan, terutama selepas membantu pasukan membawa pulang Piala Malaysia kembali ke bumi Johor buat kali pertama sejak 1991.
Selain kejayaan menjulang trofi kejuaraan dan menyumbangkan gol, Cabrera juga diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
“Ya, keluarga saya turut berada di stadium. Sudah pasti sebagai pemain, saya gembira apabila keluarga datang menyaksikan permainan saya.
“Ini antara detik istimewa buat saya. Saya sudah memberikan yang terbaik dan akhirnya kami muncul juara,” katanya.
[AdSense-B]Dalam masa sama, Cabrera mengakui jaringannya itu terus melunturkan moral pemain Kedah untuk cuba mempamerkan kebangkitan.
“Jaringan itu cukup penting dan terus mematikan semangat lawan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Liridon Resah Dikunci Lawan