Ken Ilso Kedah Vs Jdt

Ken Ilso Harap Tuah Seluar Dalam Bertemu JDT Di Final Piala Malaysia

 

Setiap pemain pasti mempunyai ritual mereka tersendiri menjelang hari perlawanan apatah lagi jika perlu beraksi pada pentas final Piala Malaysia dan perkara itu tidak terkecuali buat penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen.

Bekas penggempur Home United itu mengakui memiliki ‘seluar dalam hari perlawanan’ yang dianggap sebagai tangkal bertuah dan sudah digunakan setiap kali dia turun beraksi pada setiap perlawanan yang dihadapinya sepanjang musim ini.

[AdSense-B]

Untuk itu, dia mengharapkan pakaian peribadinya itu sekali lagi mampu mencetus magis pada pentas akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukannya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 kad merah

“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah.

“Saya tahu Piala Malaysia adalah satu kejohanan yang begitu besar. Justeru, kami akan turun dengan kesebelasan utama yang terbaik dalam usaha menumbangkan JDT,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Darul Aman, hari ini.

[AdSense-B]

Kehadiran penyerang Denmark itu yang kembali menyertai sesi latihan berpasukan hari ini sudah pasti menyuntik semangat buat pengendali skuad Helang Merah, Nidzham Adzha Yusoff selepas kehilangan khidmat pemain itu dalam beberapa perlawanan sebelum ini akibat kecederaan.

“Saya begitu mengimpikan beraksi di pentas final bersama Kedah buat kali ketiga dan gembira dapat kembali menyertai latihan berpasukan selepas sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium sebelum ini.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 gol penalti

“Apa yang penting buat masa ini adalah perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali kecergasan dan agar dapat bersedia sepenuhnya menjelang final itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Negara-Negara Luar Tahu Siapa Raja Bola Sepak Tanah Air Yang Sebenar – Alistair Edwards

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: