Kereta Pernah Total Lost, Tiba-Tiba Jumpa Kereta Tu Dalam Iklan Kereta Terpakai
Ramai yang teruja untuk memiliki kereta pertama, walaupun kereta terpakai. Namun, orang ramai diminta untuk memeriksa terlebih dahulu latar belakang kenderaan itu sepenuhnya sebelum membeli.
Terbaru, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kem4langan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kem4langan.
Hati-hati dengan beli kereta second hand.
Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya 4ccid3nt di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.
Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free 4ccid3nt, low mileage.
Ye,, memang low mileage sebab masa tu 40k lebih je mileage dan berusia setahun lebih sahaja. Wife saya ceritakan total lost dan BER ( BEYOND ECONOMICAL REPAIR). Terus polis tu tak jadi beli. Walaupun nama second tu bukan nama wife saya, sebab dia first owner. So polis tu call untuk kepastian.
So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.
Sumber asal: Pemilik minta rahsiakan