Kumur Kunyit

Kumur Air Kunyit Jika Ada Masalah Gigi Berlubang. Serius Kena Cuba Petua Ini

Siapa yang tak pernah mengalami sakit gigi bukan? Tambahan pula kalau sakit gigi berlubang. Sakitnya bukan main lagi, satu kerja pun tak boleh dijalankan.

Waktu inilah stres meninggi, emosi pun jadi tak stabil. Apa yang lalu di depan mata, nak dimarah saja. Tapi nak mencari ubat di klinik, sudah lewat malam. Nak keluar ke kedai pun, sudah tutup. Haih, pening pening.

Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya. Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.

KUNYIT

Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit. Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.

Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya. Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).

LIMAU NIPIS

Siapa kata limau nipis hanya boleh dijadikan bahan minuman, masakan, dan cucian semata-mata? Selain daripada kegunaan-kegunaan tersebut, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat!

Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.

Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin Cyang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

TUAM MENGGUNAKAN AIS

Akhir sekali, untuk menghilangkan sakit gigi di rumah, ambil beberapa ketul ais lalu masukkan ke dalam beg plastik. Kemudian, tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit. Langkah ini bertindak seperti menggunakan ubat kebas dan mampu meredakan sakit buat sementara waktu.

Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur. Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Selamat mencuba!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: