
Kunanlan, Afiq dibawa ke Kota Bharu
JDT akan melengkapkan 9 perlawanan liga Super pada malam esok dengan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV. Seperti yang sudah sedia maklum, Kunanlan sudah beberapa perlawanan tidak diturunkan kerana masalah kecederaan.
Manakala Afiq menjadi kerisauan penyokong JDT apabila dikeluarkan pada separuh masa kedua semasa menentang Melaka United pada Ahad lepas. Dalam perlawanan yang sama, Hazwan juga dikeluarkan kerana kecederaan dan dijangka tidak dapat sembuh untuk dibawa bersama.
Melalui 2 sesi latihan yang dilakukan, kita sudah nampak kelibat Kunanlan yang sudah mula berlatih. Pada saat ini, skuad JDT dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu. Kami dapat melihat kelibat Kunanlan dan Afiq bersama-sama pemain JDT yang lain menuju ke bus JDT untuk bertolak ke lapangan terbang.
Senarai pemain JDT ke Kota Bharu:
1- S. Kunanlan
2- Nazmi Faiz Mansor
3- Azrif Nasrulhaq
4- Hasbullah
5- Afiq Fazail
6- Dominic Tan
7- Gabriel Guerra
8- Marcos Antonio
9- Afiq Fazail
10- Aidil Zaquan
11- Gonzalo Cabrera
12- Hadi Fayyadh
13- Safawi Rashid
14- Amirul Hadi Zainal
15- R. Gopinathan
16- Izham Tarmizi
17- Safiq Rahim
Senarai ini akan kami update apabila mendapat info terkini.
Baca juga: Liga Super 2017: JDT 7 Melaka United 0, laporan dan video highlights