One Piece Training

Lelaki Ini Dapat Body Mantap Dengan Sahut Cabaran Senaman One Punch Man

Bagi peminat manga dan anime One Punch Man, ayat di atas pastinya tidak asing lagi buat anda. Kerana itulah rejim senaman yang diamalkan oleh Saitama atau nama adiwrianya, One Punch Man untuk medapatkan kekuatan luar biasanya.

Yam MASKULIN akui kekuatan One Punch Man di dalam manga dan anime memang tak masuk akal. Akan tetapi rejim senaman yang dilakukannya sebenarnya sesuatu yang mencabar dan boleh dilakukan.

Ada orang pernah cuba tak lakukan senaman ini? Itulah persoalan yang telah lama bermain di fikiran penulis sebelum ini.

Dan jawapannya akhirnya terjawab apabila seorang lelaki di Singapura melakukan senaman One Punch Man ini selama sebulan. Hasilnya memang mengejutkan dan sangat berhasil.

MEMULAKAN CABARAN

Menerusi sebuah video yang dikongsi olehnya, Sean Seah menunjukkan bagaimana badannya mengalami transformasi yang luar biasa sepanjang sebulan melakukan cabaran ini.

Pada hari pertama melakukan cabaran, beratnya adalah 70 kilogram dengan body age 40 tahun. Melihatkan badannya semakin naik Sean ambil keputusan untuk mencuba cabaran senaman One Punch Man.

Dia memulakan senaman dengan level 5 iaitu sebanyak 50 kali setiap jenis senaman dan 5 kilometer larian. Untuk seminggu pertama dia telah mendapatkan perubahan yang positif di mana bertanya turun dan body age juga semakin menurun. Sean melakukan level 5 ini selama kira-kira dua minggu.

Namun selepas itu perubahan seakan terhenti, lalu Sean ambil keputusan untuk tingkatkan kepada level 7, iaitu 70 kali setiap senaman dan 7 kilometer larian.

Dan pada hari ke-22 dia terus meningkatkan kepada level 9 dengan 90 kali setiap senaman dan 9 kilometer larian. Memang sukar melakukan sit up dan push up sebanyak 90 kali.Oleh itu Sean membahagikannya kepada 3 bahagian dengan 30 kali setiap set.

Manakala Sean melengkapkan level 10 pada hari ke-23 dan diteruskan sehingga hari ke-30.

HASIL SELEPAS SEBULAN!

Transformasi hasil senaman One Punch Man ini benar-benar membuahkan hasil buatnya. Lemak badannya terutama di bahagian perut boleh dikatakan lenyap dan ini dilakukan tanpa ke gym. Selain senaman ini Sean juga mengurangkan tiga jenis makanan dalam diet hariannya iaitu makanan berminyak, gula dan kaborhidrat.

Jika anda ingin cuba cabaran ini, bolehlah mulakan dengan level 2 hingga level 5. Kalau dia boleh, anda takkan tak boleh?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: