JDT Juara Liga 2017

Liga Super 2017: Adakah JDT Sudah Juara? Secara Matematik dan Prestasi

Berbaki 6 lagi perlawanan Liga Super 2017, JDT masih lagi berada di tangga pertama dengan perbezaan 11 mata dengan pasukan di tangga kedua. Penyokong JDT sudah bersedia untuk bergembira meraikan Piala Liga Super untuk kali ke-4 berturut-turut.

Namun begitu, bolehkah kita mengatakan JDT sudah juara? Ini bukan berdasarkan cakap-cakap angkuh tapi kami ambil sedikit point-point yang diketengahkan oleh saudara Zuraimi Zukri di laman facebook peribadinya. Kami akan menulis kembali untuk memperkemaskan bahasa dan memperkuatkan lagi fakta.

[AdSense-B]

Berdasarkan Kiraan Matematik

Mengikut pengiraan, JDT masih belum lagi juara. Dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. Pasukan dari kedudukan kedua hingga ke-6 mempunyai peluang untuk memintak JDT sekiranya JDT tewas semua baki 6 perlawanan. Cuma adakah kemungkinan untuk JDT kalah semua perlawanan?

Carta terkini liga super 2017

JDT perlu memperolehi 8 mata untuk mengesahkan kejuaraan dan boleh disahkan pada perlawanan ke-19 ketika menentang Selangor di Selayang. JDT perlu menang 3 perlawanan ketiga bertemu T-Team (di tempat lawan), Perak (di Stadium Larkin) dan Selangor.

Namum begitu JDT boleh hanya seri ketika menentang Selangor setelah menang keatas T-Team dan Perak dengan syarat Pahang dapat menewaskan Kedah di Stadium Darul Makmur.

[AdSense-B]

Berikut adalah 3 perlawanan seterusnya yang akan dihadapi oleh JDT, Kedah dan Pahang.

Next 3 games

Berdasarkan Corak Prestasi

Ketika JDT menjadi juara liga sejak tahun 2014 hingga 2016, JDT sukar untuk ditewaskan dalam 11 perlawanan terakhir liga. JDT biasanya menghadapi masalah untuk mengekalkan prestasi pada 7 perlawanan awal liga. JDT hanya tewas sekali pada tahun 2014, 2 kali tewas pada 2015 dan tidak tewas pada 2016 dalam 11 perlawanan.

Selain itu tiada pasukan yang menang dalam 7 perlawanan terakhir liga termasuk juga JDT. Jadi, sukar untuk melihat pasukan seperti Kedah, Pahang dan juga Perak melakukannya. Buat masa ini, Kedah sudah seri pada perlawanan ke-7 terakhir liga.

[AdSense-B]

JDT juga sudah tersingkir dalam saingan Piala AFC yang akan mempunyai perlawanan dalam bulan Ogos. JDT juga tidak menumpukan sepenuh perhatian dan kekuatan pada Piala Malaysia. JDT memang mempunyai size skuad yang sempurna dan juga rotation pemain oleh coach JDT juga jelas.

Semasa perlawanan Piala Malaysia, JDT merehatkan semua pemain import. Disini jelas, JDT mahu menamatkan saingan di Liga Super dahulu kemudian mengejar kembali mata di Piala Malaysia. JDT nampaknya telah berjaya menewaskan Pahang dan pada masa yang sama Kedah kehilangan mata.

Ia sangat menjadi dan jelas JDT tahu yang mana lebih utama mengikut situasi. JDT sudah menjuarai Liga Super 2017 hanya menunggu pengesahan melalui kiraan matematik untuk menjulang piala.

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Liga Super ke-16, Johor DT 3 Sarawak 1

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: