HF FT Liga Super Cover Kedah Away

Liga Super 2017: Kedah 0 Johor DT 0, Kedua-Dua Pasukan Yang Tidak Mengharapkan Kemenangan

 

Ia adalah satu perlawanan yang tidak mahu dibolosi oleh kedua-dua belah pihak dan pada masa yang sama juga tidak tidak begitu mengharapkan kemenangan untuk menamatkan musim Liga Super 2017 mereka. Kedah dan JDT berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Darul Aman.

Kedua-dua jurulatih itu melakukan perubahan dengan Nidzam Adzha memberi peluang kepada Abdul Hadi Hamid di gawang dan Hidhir Idris di sayap kanan dalam kesebelasan utama. Manakala Ulisses Morais turut meletakan Darren Lok dan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama dengan Safiq Rahim bermula dari bangku simpanan.

[AdSense-B]

Menariknya, Izham Tarmizi diberikan lilitan kapten dengan ketiadaan Safiq, walaupun Aidil Zafuan yang lebih berpengalaman berada dalam kesebelasan utama. Sebelum ini Aidil kerap menjadi kapten JDT tetapi nampaknya Morais memilih Izham untuk memberikan arahan dari belakang.

Perubahan tersebut memberi kesan kepada kedua-dua pihak berikutan kedua-dua pasukan tidak dapat mengawal perlawanan untuk sebahagian besar babak pertama dengan baik. Fakri Saarani kelihatan terpinggir di hadapan apabila Syafiq Ahmad atau Hidhir sendiri tidak dapat menerima banyak bola.

Kedah berjaya mengawal Ignacio ‘Natxo’ Insa dan Gabriel Guerra, menghalang dua sumber utama kreativiti pasukan pelawat. Peluang Juara liga juga adalah terhad dan hanya dapat melakukan cubaan dari jarak yang tidak tepak dan dengan itu gagal memberi Abdul Hadi banyak masalah.

Morais membawa masuk Gonzalo Cabrera untuk mengantikan Guerra yang tidak berkesan untuk memperbaiki tempo dan aksi pada masa kedua namun kehadiran pemain Argentina tidak dapat memberikan kesan yang segera.

[AdSense-B]

Tidak lama kemudian, Mohammed Ghaddar juga dimasukan dan dia berjaya mencipta peluang terbaik dalam minit ke-61 apabila dia memotong dari sebelah kiri dan melakukan hantaran tetapi entah kenapa Safawi gagal menendang bola tersebut walaupun hanya berdepan dengan seorang pemain Kedah.

Setelah menafikan percubaan JDT dari menjaringkan gol selama 70 minit, Abdul Hadi terpaksa dikeluarkan selepas mengalami pendarahan dengan lutut kirinya dan digantikan dengan Ifwat Akmal.

Dengan baki 15 minit, kedua-dua jurulatih seolah-olah telah berpuas hati dengan keputusan seri dalam perlawanan ini. Nidzam mengeluarkan Liridon Krasniqi manakala Morais memberikan Insa waktu berehat lebih awal.

Kebuntuan jaringan terus kekal sehingga tiupan wisel penamat dan ia tidak akan menjadi pelawanan yang akan berada dalam ingatan penyokong. Kedua-dua penyokong berharap untuk lebih banyak keseronokan dan drama seminggu sebelum kedua-dua pasukan bertemu semula dalam dalam perlawanan akhir Piala.

[AdSense-B]

Sumber: Sports Yahoo

Baca juga: Peluang Ghaddar Leburkan Rekod Marlon

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: