Tteam Vs Jdt

Liga Super Malaysia : “Clash of The Titans”, siapa yang bakal menang?

Malam ini menyaksikan pertembungan yang disebut sebagai “the clash of the titans” antara JDT dan Tteam dimana The Titans bakal melayan kunjungan “prodigy team” dari selatan tanah air yang kini menghuni tangga pertama liga dengan mengumpul mata 39 mata berbanding Tteam yang ketingalan 20 mata di belakang pasukan JDT.

Perlawanan bakal berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada pukul 8.30 malam. Dalam artikel kami kali ini,kami akan mengulas beberapa perkara yang bakal menjadi tumpuan sebelum sepak mula berlangsung.

[AdSense-B]

Sering bertukar formasi, JDT sukar dijangka

natxo insa dan ghaddar

Beberapa perlawanan kebelakangan ini, Morais kerap menukar formasi JDT dari 4-3-3 ke 4-4-2 ketika dalam perlawanan. Ketika menentang Selangor pada perlawanan sebelum ini pun dilihat JDT menukar formasi kepada penyerang berkembar untuk mengekalkan corak menyerang dan “posession play”. Hasilnya, JDT mula mendapat rentak dan mula menyamakan kedudukan walaupun tewas di minit-minit akhir.

Pertukaran formasi bukan sahaja mengembalikan rentak perlawanan JDT, namun ia membentuk JDT sebagai pasukan yang sukar dijangka dan universal. Walaupun kurang impak untuk menekan pasukan lain namun ia nampak lebih relevan dan seimbang dari segi tempo permainan. Namun, kesinambungan antara pemain utama dan second string JDT masih lagi dalam kepincangan memandangkan kurang mendapat minit permainan. Harap Morais perlu memandang perkara ini ketika menentang Tteam nanti.

Seri menentang Pahang, tanda Tteam bangkit?

[AdSense-B]

Pada 18 Julai yang lalu, dalam saingan Piala Malaysia ketika menetang Pahang, Tteam berjaya mengikat Pahang dengan jaringan 1-1, sekali gus meninggalkan tanda tanya, adakah Tteam sedang bangkit dari lena? Jelas sekali kita dapat melihat “fighting spirit” yang diterapkan Rachmat Darmawan kedalam pasukan Tteam, lagi-lagi import Tteam,  Yannick N’Djeng mula mendapat rentak sebagai “Target-Man”. Perlu diperhatikan juga, “man of the match” ketika menentang Pahang tempoh hari, Hassan Basri, yang menunjukkan permainan yang keras ketika ditugaskan untuk mengawal pergerakan Sumareh.

Walaupun begitu, Tteam masih lagi dibayangi dengan kehilangan tonggak utama mereka seperti Konate kerana kerap kali “playmaking” mereka kurang menjadi dan serangan mereka menumpul akibat tiada unsur “fluidity” dalam corak menyerang Tteam. Nampaknya Rachmat perlu mempertaruhkan taktikal 4-1-2-3 yang meletakkan   Yannick sebagai “Target-man”.

“Head-to-head” JDT menentang Tteam

Melalui pemerhatian dari rekod 16 pertembungan sebelum ini, JDT menguasai carta dengan peratusan kemenangan 56.3% dan menang 9 perlawanan dari 16 pertembungan. Manakala Tteam pula hanya mencapai 25% kemenangan dan menang 4 dari 16 pertembungan. 3 seri dicatatkan sejak rekod ini dihitung.

Pemain Tumpuan

 JDT – Natxo Insa

pahang vs jdt 2017 natxo insa

Pemain ini tak perlu diperkatakan lagi kehebatannya. Seorang pemain yang berpengalaman luas dalam memanipulasi ruang dalam padang dan berdisiplin dalam membuat “covering” di bahagian tengah padang. Mengamalkan  corak permainan yang keras dan mampu bermain dalam perlawanan yang berintensiti tinggi  dalam tempoh yang lama. Gandingannya bersama Safiq dan Afiq Fazail mampu memanipulasi “middle third” dan memberi kelancaran dalam corak JDT.

Tteam – Hassan Basri

[AdSense-B]

Mendapat anugerah “Man of the match” ketika menentang Pahang tempoh hari suatu penghargaan kepada beliau yang dikatakan mampu membuat “backup” dan “man-to-man marking” yang amat berdisiplin. Tak mustahil penyerang berbisa JDT seperti Cabrerra dan Guerra boleh termakan umpan yang bakal membuatkan corak permainan  JDT terabur dan tidak berstruktur.

Baca juga: JDT Berada Dalam Top 100 Komuniti Digital Bola Sepak Paling Ramai Didunia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: