5 Perutbuncitwanita 1521275227

Mahu Perut Kempis Dan Rata? Elakkan Ambil 4 Jenis Makanan Berangin Ini

Perut buncit memang menjadi masalah bagi ramai orang. Perut buncit tidak hanya dialami oleh orang yang mempunyai masalah berat badan, namun orang dengan berat badan ideal pun, seringkali memiliki perut yang buncit.

Makanan tinggi lemak adalah penyebab utama lemak berlebihan di perut. Kandungan lemak dalam makanan yang tidak tercerna dengan cepat disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Namun, bukan bererti harus menghindari semua jenis makanan yang mengandung lemak agar perut tidak buncit. Kerana sebahagian lemak termasuk lemak baik atau lemak sihat.

PERUT yang kempis dan sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat. Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz seluar anda!

1. SAYURAN BERGAS

Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. MAKANAN YANG DIAWET

Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. MINUMAN BERKABONAT

Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu membersihkan perut sehingga menjadi kempis.

4. PEMANIS BUATAN

Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

5. CHEWING GUM

Ramai orang yang tidak menyedari ketika mengunyah chewing gum, mereka akan menelan udara. Semua udara yang terjebak dalam saluran pencernaan dapat menyebabkan tekanan, kembung, dan senak perut.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: