Yayasan Jdt

Yayasan JDT: Majlis Perlancaran Kad Keahlian

Yayasan JDT dicadangkan selepas pertemuan beberapa kelab penyokong mengadakan pertemuan dengan TMJ di Istana Pelangi pada 19 Mei 2015. Mereka menyuarakan hasrat untuk menjadi penyumbang kepada Kelab Bolasepak JDT selepas mendapat tahu akan berlaku pengurangan penaja berikutan kesan ketidakhadiran penyokong ke stadium.

Objektif Yayasan JDT

[AdSense-B]

Objektif utama Yayasan JDT adalah untuk mengumpulkan dana dan mengagihkan bantuan kepada pembangunan JDT melalui kebajikan, kesihatan, pendidikan, sukan dan sosial.

Perancangan Yayasan ini adalah dapat mewujudkan Pusat Dialisis dan Pusat Sukan. Yayasan ini menyediakan tabung penyokong untuk kegunaan aktiviti kebajikan bersama Yayasan ini dan merupakan milik semua Penyokong JDT.

intipati yayasan jdt

Keahlian Yayasan JDT

Semua penyokong JDT dijemput untuk hadir ke Majlis Pelancaran Kad Keahlian Yayasan JDT pada hari Rabu, 7hb Disember 2016, bermula jam 2.00 petang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

[AdSense-B]

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir dan menyumbang sebagai penyokong setia Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Saranan kepada penyokong JDT

Marilah kita sama-sama menyokong pasukan kita. Ini kelab kita. Hanya RM100 setahun ataupun RM8.33 sebulan untuk disalurkan ke Yayasan JDT rasanya masih lagi kecil nilainya. Penyumbang akan menerima ID atau no. keluarga JDT yang mana merupakan akses untuk menerima kemudahan dari Yayasan.

penyokong-jdt-menyumbang-ke-yayasan-jdt

Mereka akan mengadakan jelajah ke seluruh daerah dan luar negeri untuk mendekatkan diri dengan penyokong. Kita sebangai penyokong setia mesti menghebah segala jelajah mereka supaya kita beramai-ramai dapat menyumbang ke yayasan ini.

Baca juga: Jendela Perpindahan Pemain Musim 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: