Marcos Antonio Afc Cup

Marcos Antonio: Dalam Kenangan Kisah Terindah

Penyokong JDT ternyata masih dalam keadaan terkejut ekoran kecederaan Anterior Crucier Ligament yang dialami ‘tanker’ JDT semasa menerima kunjungan Perak.

Walaupun Fadhli Shas sudah kembali menemui rentak, namun beliau masih memerlukan seorang jurupandu untuk memberi arahan kepada beliau. Prestasi Aidil Zafuan dan Junior Eldstal masih di tahap kurang memuaskan dan ini sedikit merisaukan penulis.

SIAPA MARCOS ANTONIO ELIAS?

Kemasukkan beliau ke skuad JDT pada musim 2014 tidak seperti pemain import yang lain. Kebanyakan peminat ragu-ragu dengan keupayaan beliau selepas satu ketika ‘viral’ video kesilapan beliau bersama pasukan lama di Bundesliga.

Namun selepas hampir empat musim bersama, Marcos Antonio jelas menjadi antara tonggak pertahanan yang disegani baik rakan mahupun lawan. Dan ini diakui sendiri Mohamad Ghaddar ketika diwawancara krew Semuanya BOLA.

‘SWEEPER TANKER’

Di JDT beliau sering diletakkan sebagai ‘sweeper’ yang berperanan sebagai seorang ‘last men’. Kita jarang menyaksikan Marcos akan ikut turut serta naik untuk membantu serangan melainkan apabila berada di ‘death ball situation’ dan ‘corner’.

[AdSense-B]

Ini kerana tugas utama seorang ‘sweeper’ adalah untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, menangkis sebarang umpanan yang membolosi ‘backline’, menutup sebarang ruang kosong yang ditinggalkan oleh pemain pertahanan lain dan melindungi penjaga gol.

Di bawah adalah aksi beliau ketika mempertahankan bola yang menyebabkan satu Stadium Larkin riuh dengan gelak ketawa.

Selain itu aksi beliau ketika menentang Pahang awal tahun ini.

‘UNBEATABLE GOLDEN IMPORT GENERATION’

Tahun 2016 boleh dikatakan tahun gemilang JDT walaupun gagal mempertahankan Piala AFC 2016 selepas tewas di tangan Bengaluru.

Dengan nisbah gol paling banyak sepanjang musim dan bolos paling sikit, JDT ketika ternyata tiada tandingan. Dan Marcos Antonio merupakan ‘tulang belakang’ JDT selain dari Hariss Harun.

KEJUARAAN BERSAMA JDT

Marcos Antonio membantu JDT memperolehi 7 piala sepanjang 4 musim bersama JDT. Kenangan terindah iailah berjaya menjadi pasukan pertama di Malaysia menjuarai Piala AFC untuk musim 2015. Berikut senarai trofi yang beliau perolehi bersama JDT.

[AdSense-B]

Liga Super: 2014, 2015 dan 2016

Piala FA: 2016

Piala Sumbangsih: 2015, 2016

Piala AFC: 2015

Marcos boleh menambah lagi koleksi piala sekiranya JDT berjaya menjuarai Liga Super 2017.

KEHILANGAN MARCOS ANTONIO DIRATAPI

Benarlah kata orang tua, jika kita kerja dengan ikhlas, maka kita akan disayangi. Begitu juga yang dialami Marcos Antonio ketika ini.

Rata-rata peminat JDT masih sukar untuk menerima hakikat kehilangan beliau.

KESIMPULAN

Suka penulis menulis semula karya senior penulis mengenai pemain Brazil bertubuh sasa ini.

Darah kita mengalir sama,
Jiwa kita utuh menyokong nyawa,
Walaupun kesudahan cerita tidak seindah,
Kau tetap dalam kenangan kisah terindah,
Takkan deskruktif dalam sejarah,
Tetap eksistensi di Tanah Jauhar.

[AdSense-B]

Terima kasih nombor enam,
Di Atmosfera Biosfer namamu kami tanam.

Forca Marcos Antonio, Gracias!

Baca juga: Preview JDT vs Terengganu: Adakah Morais Akan Pertaruhkan JDT ‘Second String’ Sekali Lagi?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: