Cara Mudah Masak Nasi Untuk Seorang Makan, Tak Membazir, Tak Berkerak
“Malasnya nak masak nasi bila duk sorang-sorang ni. Takkan nak masak setengah pot je. Nanti nak basuh periuk pun leceh, berkerak-kerak.”
Kalau kita masak nasi macam biasa, memang banyak juga kan nasi yang melekat pada periuk? Kadang-kadang rasa tak berbaloi nak masak nasi kalau kita seorang saja nak makan.
Dalam perkongsian artikel kali ini, ada tips berguna yang dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz, khas untuk anda yang selalu mengalami ‘dilema’ begini.
Cara masak nasi yang ditunjukkannya ini memang sesuai untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit, contohnya untuk 1-2 orang makan. Kadang-kadang orang lain di rumah semua makan bihun goreng tapi ada seorang anak kecil yang tak boleh makan pedas dan kita nak beri makan nasi, bolehlah juga guna cara ini.
CARA MUDAH MASAK NASI DALAM PORTION KECIL SUPAYA TAK MEMBAZIR, TAK BERKERAK
Mudah saja sebenarnya cara masak nasi dalam portion sedikit. Menurut Puan Amalina, kali pertama beliau mencuba masak nasi dengan teknik ini terus berjaya.
Jom tengok cara yang dikongsikannya langkah demi langkah.
1. BASUH BERAS
Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. MASUKKAN AIR SECUKUPNYA
Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. ISIKAN AIR DALAM PERIUK RICE COOKER
Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. MASAK SEPERTI BIASA
Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
WAH, CANTIK KEJADIANNYA!
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Lain kali tak ada alasan lagi malas nak masak nasi sebab sorang-sorang di rumah. Boleh masak dalam kuantiti sedikit macam ni. Lepas tu goreng telur dan ngap. Kan senang tu. Tak payah susah-susah pergi tapau dekat kedai mamak. Kita pun tak adalah terlebih makan bila dah masak cukup-cukup macam ni je.
Tengok tu, tak ada kerak pun dan tak payah leceh-leceh nak rendam periuk nasi lagi masa mencucinya.
Senang sangat. Kena cuba tau. Silalah share kalau bermanfaat.
*Tips masak nasi dalam kuantiti kecil ini dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau atau follow beliau di SINI.
Masak Nasi Dalam Cawan