Singgang

Cara-Cara Masak Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Resepi Asli Ibunda

Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Ikan Singgang Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini  adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!

SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tenggiri
  • 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
  • Lengkuas (boleh tumbuk kasar)
  • 12 batang cili padi
  • Sedikit biji ketumbar
  • 3 ulas bawang Putih
  • 3 keping asam keping
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.

2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.

3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.

4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.

INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: