Amalkan Doa Penawar Ini, Ikhtiar Untuk Masalah Tulang Patah Atau Retak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah, Surah Yasin banyak khasiatnya,diantara bahagian ayat2 ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain2 berkaitan patah.
Jika mengalami patah akibat jatuh ataupun yg aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca selawat 3kali dan ayat2 tersebut, sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.
Bagi yg mengalami retak tulang dan “Ostoeporosis” iaitu tulang rapuh terutama orang2 tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan selawat syifa 1kali diikuti doa ini sebanyak 1kali dan ditiup pada air dan minum.
Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang tuan puan akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium.
[78] Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem.
Maksud Ayat-ayat ini seperti berikut : [Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79].
78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?
79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)
Saya amat berharap kepada pembaca untuk share doa ini supaya kita sama2 dapat mengamalkan doa ini .. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.