Ulser1

Ini 5 Cara Untuk Mengatasi Masalah Ulser Di Mulut, Lakukan Segera Sebelum Ulser Merebak Jadi Besar dan Pedih

Ulser mulut atau lebih dikenali dengan nama “mata ikan” merupakan luka dalam mulut berwarna putih atau kuning,dikelilingi  warna kemerahan dan menyakitkan.

Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi.Kebiasaannya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu.Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit. Namun,sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.

Siapakah Orang Yang Selalu Terkena Ulser Mulut?

Ia terjadi pada semua orang tetapi golongan wanita lebih kerap mengalaminya terutamanya semasa mengandung dan semasa kedatangan haid.

Tanda-Tanda Ulser Mulut?

  • Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.
  • Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Punca Terjadinya Ulser Mulut?

  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • Daya menahan sakit yang lemah.
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering.
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.

Langkah-langkah Yang Boleh Anda Lakukan:

  • Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • Kurangkan air berasid.
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti.
  • Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit.
  • Minum air masak dengan kuantiti yang  banyak.
  • Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks dan atau Arcalion.
  • Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12.
  • Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Pengambilan probiotik seperti Acidophilus yang terdapat dalam bentuk kapsul atau di dalam Yogurt juga boleh membantu.

Kalau ada ulser di mulut tu rasa macam nak menangis je kan? Dah la susah nak makan lepas tu bila nampak makanan kegemaran tapi dapat tengok je sebab fikirkan kalau makan ni mesti rasa sakit.

Ulser ni boleh kena pada mana-mana bahagian lidah, bibir atau sekitara tekak. Korang mesti pernah kena mana-mana bahagian ni kan ? Nak tunggu ulser ni pulih ambik masa satu ke dua minggu, lama juga lah nak tahan sakit tu.

Jadi admin kongsikan beberapa tips untuk cegar ulser di mulut dari berlarutan dan mungkin boleh pulihkan lebih cepat.

1.Air garam – Air garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari sahaja.

2.Air kelapa – Kenaikan suhu badan juga boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Jadi, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3.Marjerin – Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser di mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4.Madu – Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5.Soda penaik – Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Harap cara ini dapat sedikit sebanyak membantu kita mencegah ulser di mulut ini dari berlarutan. Semoga bermanfaat semua.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: